Bab 53

9.5K 304 11
                                    

"Lamanya nak pergi ? Nak ikut boleh tak ?"

"Nope. Sayang tinggal kat rumah mummy nanti."

Nur memuncungkan mulutnya, Kyle yang sedang ralit melakukan kerja ditenung dengan wajah masam mencuka.

"Kenapa tak boleh ikut ?" Soal Nur tak puas hati.

"Tengok lah perut sayang tu, nak naik tangga pun dah termengah-mengah." Balas Kyle, ditoleh ke arah Nur sekilas. Masam betul muka isterinya.

"Naik flight tak apa, duduk je.." Nur menjawab lagi.

Kyle senyum pendek. Mudahnya berkata-kata. Kalau sesuatu terjadi semasa di dalam kapal terbang nanti macam mana?

"Tak boleh."

Nur bertambah muncung.

"Kenapa tak boleh ? Boleh lah abang..." Kyle yang sedang khusyuk membaca emel dihampiri. Bahu Kyle dipicit lembut, nak goda la kononnya.

"Taktik you dah basi."

"Taktik apa ?"

"Ni, picit-picit bahu abang ni. Ingat abang tergoda ke ?"

Nur berdecit geram. Terhenti tangannya dari memicit bahu Kyle. Selamba sahaja dia duduk di atas peha Kyle pula. Leher Kyle dirangkul. Tersengih dia bila melihat suaminya sudah melepaskan tablet berjenama Apple itu dari tangannya.

"Nak ikut.." Ujar Nur perlahan. Dada Kyle yang tak berbaju diusap-usap. Bibirnya menguntum senyum. Berharap suaminya akan cair.

"Tak boleh sayang... abang pergi urusan kerja bukannya makan angin." Jawab Kyle tenang. Tangan Nur yang asyik mengusap dadanya ditangkap lalu digenggam kemas.

"Takpe la, Nur nak ikut jugak." Nur masih tak berputus asa memujuk Kyle. Kepalanya disandarkan didada bidang suaminya. Tak cukup dengan itu, dicium pula dada yang berbogel itu.

"Haip ! Don't do like that. Nanti sayang jugak yang susah." Ujar Kyle melarang. Tak tahan pula dia hendak menahan godaan Nur. Isterinya macam kucing sahaja bila nak kan sesuatu. Mula lah jadi manja lain macam.

"Susah apa nya ?" Soal Nur tak mengerti.

Kyle tersengih sinis. Puncak hidung Nur dipicit agak kuat. Merah sudah.

"Sakit lah abang." Nur menyentuh hidungnya.

"Susah lah sayang nanti kalau abang dah ngapp...! sayang." Kyle menjawab sambil tersengih.

"Err.. gatalnya abang."

"Sayang pun gatal. Kiss kiss dada abang tadi. Nasib iman abang kuat, kalau tak kat sini jugak abang terkam sayang. Dah la body sayang tu mantap je sejak pregnant ni." Jawab Kyle tak berlapik. Wajah terkejut bercampur malu Nur jelas kelihatan.

"Pervert husband !" Ujar Nur geram. Nur bingkas bangun, dijauhkan dirinya daripada Kyle. Seram pula. Sofa dituju.

Tergelak Kyle melihat reaksi isterinya. Tahu pun takut, dia goda kita tadi tak takut pulak.

"Pergi naik atas, tidur." Arah Kyle.

"Tak nak."

"Why tak nak ? Abang banyak kerja lagi ni. Lambat lagi nak siap."

"Tak boleh tidur kalau abang tak dodoi." Jawab Nur jujur. Terkebil-kebil matanya menatap sang suami. Dagunya ditongkat dengan tangan.

"Mengadanya nak kena dodoi lagi mummy to be ni. Tak malu ke kat babies ?"

"Tak." Nur menjawab sambil menjuihkan bibirnya. Perutnya diusap. Terasa pergerakan bayi kembarnya didalam kandungan.

"Go to sleep now. Jangan degil please.. sayang tu mana boleh tidur lewat. Kena tidur awal, biar cukup rehat badan tu." Kyle sudah mula membebel. Kata-kata doktor yang merawat Nur setiap kali ada check-up dipinjam.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now