Bab 17

6.6K 306 15
                                    

Hari ini sudah masuk hari kelima Nur ditahan diwad hospital itu. Tak usah ditanya bagaimana perasaanya, bosan teramat sangat. Helen dan Linda ada datang melawatnya tadi tapi sekejap saja. Tak sampai 15 minit dua-dua dah angkat kaki, katanya banyak kerja di hotel. Dan kelibat lelaki itu pula masih belum muncul.

Nur resah sendiri. Dia berkira-kira sendiri jika Tuan Kyle datang melawatnya dia mahu meminta maaf atas tindakannya, terutama hari yang mana dia mengamuk. Nur rasa malu.

Jam di skrin telefon dipandang. 3.00 petang. Nur mula rasa gelisah kenapa lelaki itu belum muncul lagi. Dia tekad mahu meminta maaf. Perasaan malu harus diketepikan dulu. Biarlah kali ini saja. Lagi pun Tuan Kyle yang selamatkan dia.

Sedang Nur ralit memikirkan apa yang diceritakan Shila, Mira dan Aimi semalam, tiba-tiba suara seseorang menyapa gegendang telinganya.

"Nur."

Nur pantas memalingkan wajahnya. Wajah lelaki yang berdiri dipintu itu dipandangnya tak berkelip mata.

"Abang Mika."

"Kenapa terkejut abang datang ? Tak suka abang tahu Nur kat sini ? Dah tak reti nak bagitahu abang ke apa yang berlaku kat Nur ? Dah benci sangat ke kat abang ?" Hambur Mikael dengan soalan yang bertubi-tubi.

Nur terkebil-kebil. Wajah Mikael nampak tegang seperti sedang menahan marah.

"Kenapa abang marah Nur ?" Soal Nur perlahan. Takut.

"Gosh! Nur tahu tak abang risau sangat bila dapat tahu Nur masuk hospital. And Nur hampir mati ! Nur memang tak hargai abang kan ?" Mikael meraup wajahnya. Cuba ditenangkan hatinya yang panas.

"Nur tak nak susahkan abang Mika." Jawab Nur perlahan.

Wajahnya ditundukkan, bibirnya dikemam rapat menahan daripada menangis. Mikael memarahinya dan dia rasa Mikael tak ada hak untuk marahkan dia.

"Nur buat abang susah hati, abang datang rumah Nur motor Nur pun abang tak nampak. Abang call and Whatsapp pun Nur langsung tak jawab, tak reply. Abang risau, faham tak ?!" Mikael meletuskan kemarahannya. Ditinggikan suaranya.

Terkejut Nur. Wajah Mikael tak berani dia pandang lama-lama.

"Dah kenapa dengan Nur ni ? Dekat mama papa Airin pun Nur senyap je tak kasi diorang tahu apa-apa ? Nur dah lupa ke pesanan diorang, kalau ada apa-apa terjadi pada Nur, you just tell them! Jangan diam je !" Sambung Mikael lagi.

Terhinjut bahu Nur bila Mikael menengkingnya. Didongakkan kepalanya memandang Mikael yang sedang memeluk tubuh itu. Sampai hati Mikael menengking dia.

"Nasib baik abang pergi hotel tempat Nur kerja and pekerja kat situ yang bagitahu semuanya. Nak harapkan Nur cerita sendiri, abang tak rasa Nur akan buat macam tu." Sinis Mikael berkata.

Nur mendengus. Dia pula rasa nak marah sekarang.

"Awak siapa ? Awak tak ada hak langsung nak marah saya. Awak bukan abang saya lah! Awak bukan siapa-siapa pun pada saya !" Hambur Nur geram.

Mikael tahan geram. Dihampirinya Nur yang duduk melunjur kaki diatas katil. Tangannya menyentuh bahu Nur. Nafasnya ditarik dalam dan dihembus perlahan.

"Aku ada hak ke atas kau."

Nur tercengang seketika.

"Apa maksud awak ?" Nur menyoal penuh tanda tanya. Tangan Mikael cuba ditepisnya tapi Mikael lebih kuat mencengkam kedua belah lengannya. Nur mula gentar.

"Kau dengar sini, aku Mikael Hanafi bin Khairuddin. Abang kandung kau yang terpisah 15 tahun dulu. Kau ingat waktu kau umur 7 tahun aku diambil orang. Ayah serahkan aku pada orang lain. Kau ingat tak ?!" Kuat suara Mikael dan ayat-ayat yang keluar daripada mulutnya buat Nur seperti terputus nafas.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now