Bab 22

6.4K 286 11
                                    

Sedang mengemas barang-barang peribadinya Nur menekup wajahnya. Gila betul siapa yang belikan dia singlet bertali halus berwarna pink itu ? Singlet itu diangkat menggunakan jari telunjuknya. Nur membuat muka geli.

"Siapa beli ni ?"

Nur meletakkan kembali singlet pink itu ke dalam beg kertas. Tuala dan selendang turut dilipat dan dimasukkan ke dalam beg kertas itu juga. Melindungi aset-aset privasi yang terkandung di dalamnya.

"Shila ke Mira ni yang beli.." gumam Nur.

Hari kedua dia tinggal di wad ada seorang jururawat yang menghantar satu beg kertas berisi tuala dan beberapa helai pakaian termasuk pakaian-pakaian 'kecil' untuknya. Katanya daripada seseorang yang bekerja sama tempat kerja dengannya. Mungkin Linda yang mengirimkan barang-barang tersebut kepada jururawat disitu. Nur cuba berfikir positif.

Nur duduk dibirai katil, kata Mikael dia akan sampai lagi setengah jam, Nur mengeluh hambar. Terdetik dihatinya tentang satu hal. Kenapa Tuan Kyle tidak datang melawatnya lagi, mungkin benar lelaki itu marah padanya. Nur menarik nafas.

Biarlah.

Tetapi kenapa kelmarin dia merasakan seolah-olah lelaki itu ada datang. Nur geleng kepala, tak mungkin lah. Bukan dia seorang saja pakai minyak wangi yang sama. Nur cuba untuk tidak memikirkan tentang itu tapi makin dia mengelak makin teringat pula. Nur bingung. Kenapa pula otaknya asyik terfikir tentang lelaki itu. Lagi sekali kepalanya digeleng-gelengkan.

"Geleng apa tu..." seseorang menegurnya. Nur terus mendongak. Mikael rupanya.

"Eh abang..cepatnya sampai."

"Kenapa, tak puas lagi ke stay sini. Nak stay lama lagi ? Boleh je.. " Mikael menyoal mengejek.

Nur menjeling sahaja mendengar soalan itu. Siapa suka tinggal di hospital lama-lama ? Tak ada siapa yang suka.

"Err..takde lah. Jom, Nur dah siap kemas barang."

"Dah kemas semua dah ? Cuba cek, takut-takut ada yang tertinggal pulak."

Nur geleng. Yakin semua barang miliknya sudah dikemaskan.

"Okey lah. Meh sini abang bawak barang tu." Mikael mengambil beg kertas itu dari tangan adiknya. Nur membiarkan saja. Lantas mereka beriringan keluar.

"Er.. abang ke yang bayar bil hospital ?"
Tanya Nur perlahan. Sebenarnya dia agak segan dengan Mikael. Tak tahu kenapa mungkin kerana mereka baru saja bertemu setelah sekian lama berpisah.

"Tak lah. Memang abang nak bayar tapi cik kerani tu cakap dah settle semua bil hospital Nur. Ubat pun nurse dah kasi kat abang tadi."

Mikael juga hairan siapa yang membayarnya. Bukan sikit bil dihospital swasta ni. Dia mampu je nak bayar tapi sudah ada yang membayarnya tak ke selamat duitnya ? Eh!

"Siapa yang bayar abang ?" Nur mengerut dahinya.

"Entah abang pun tak tahu."

"Siapa ya..."

"Maybe boss Nur yang bayar." Mikael menjawab bersahaja.

"Hah, betul ke ? Mana abang tahu ?"

"Abang cakap 'maybe'...."

"Hmm..ye lah."

Mikael senyum saja melihat riak wajah adiknya.

"Tak kan Tuan Kyle yang bayar, aku keluar hospital pun dia tak tahu.." omel Nur perlahan, khuatir jika didengari abangnya.

"Apa Nur cakap ?"

"Takde lah, mana ada Nur cakap apa-apa." Bohong Nur. Sudah berapa kali dia berbohong dia sendiri pun tak  ingat.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now