Bab 43

9.5K 269 6
                                    

Bunyi alarm telefon menyedarkan Nur dari lenanya. Matanya dipejam celik beberapa kali. Telefon diatas meja kecil di sebelah katil dicapai lalu dimatikan alarm itu. Ruang disebelah diperhatikan. Kosong.

Matanya ligat memerhati sekeliling, tak ada sesiapa. Tiba-tiba memori semalam terlintas di fikirannya. Dimana dia menyerahkan segala-galanya kepada lelaki itu. Nur seakan terkaku seketika.

Kemudian diperhatikan tubuhnya dari atas hingga ke bawah. Hanya dilitupi selimut semata-mata tanpa sehelai pakaian. Wajah Nur mula terasa panas. Pantas kedua-dua belah tangannya menekup muka. Kepala di geleng berkali-kali.

Sekali lagi matanya melilau memerhati sekeliling. Mana Kyle ? Bunyi kuakan pintu dibilik air menyentakkan Nur. Serentak itu kepalanya ditoleh ke kiri.

Kyle keluar dari bilik air. Hanya bertuala. Sikit je lagi tualanya hendak terlondeh tapi dibiarkan saja. Dipandang Nur yang cepat-cepat melarikan matanya.

"Morning sunshine.." Nur yang duduk memeluk tubuh di atas katil dihampiri. Dilabuhkan punggungnya dibirai katil.

Selimut yang membaluti tubuhnya dipegang erat. Jantung kembali berdegup kencang bila Kyle selamba sahaja mengucup tepi bibirnya. Nur memusingkan mukanya ke arah lain. Malu. Wajahnya mula kemerahan.

"Kenapa tak pandang I ?" Soal Kyle. Dagunya dilabuhkan di bahu Nur. Dia tahu isterinya masih malu. Tambah-tambah lagi apa yang terjadi semalam.

Nur diam membisu. Segan hendak bersuara apatah lagi mahu menatap wajah itu. Bertambah membahang pula wajahnya nanti.

"Pergilah mandi dulu, dah nak masuk subuh ni." Arah Kyle lembut, bahu Nur dielus perlahan.

Nur mengangguk.

"Diam je.. best tak semalam ?" Soal Kyle selamba. Tak senonoh langsung!

"Gatal !" Balas Nur menyampah.

"Eh ada pun suara, ingat kan tak ada suara dah. Semalam kuat sangat menjerit..."

"Diamlah!" Nur memintas kata-kata Kyle. Gila! Tak tahu malu langsung, wajah Nur merah menahan malu. Boleh pula lelaki itu selamba sahaja bercakap hal sebegitu. Tak tahu malu ke apa ?

Kyle tertawa kecil lalu senyuman nakal tersungging di bibirnya. Badan Nur ditarik merapatinya dan dipeluk.

Cup! Pipi Nur dicium sekilas.
Bibirnya dirapatkan ke telinga Nur lalu dibisik lembut.

"Jangan lupa mandi wajib."

Terbuntang mata Nur. Serentak itu dia segera bangun dan berdiri tegak di tepi katil. Selimut yang menutupi tubuhnya digenggam erat. Cepat-cepat dia menapak masuk ke dalam bilik air.

Kyle tersenyum puas. Tak kan dia lupakan memori semalam.


Selesai membersihkan dirinya, Nur keluar perlahan-lahan. Dilihat Kyle masih setia menunggunya di katil. Tubuh sasa itu kemudian bangun dan menghampiri dirinya. Nur berdiri statik di tempatnya.

Tuala yang ada di tangan Nur, ditarik Kyle. Tubuh Nur juga turut ditarik lembut.

"Sit down." Arah Kyle.

Tak membantah, Nur duduk di kerusi di hadapan meja solek itu.

"Sini aku lapkan rambut kau."

Nur membiarkan saja Kyle mengelap rambutnya. Matanya tepat mengadap perut berketak lelaki itu. Nur mengetap bibir. Malu.

Kyle melirik matanya ke bawah, bibirnya tersenyum lebar. Dia tahu Nur masih malu dengan apa yang berlaku malam tadi.

"Siap." Ujar Kyle.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now