Bab 56

10K 316 14
                                    

"Best tak abang suprise semalam ? Terkejut tak ?" Soal Kyle tersengih, kening diangkat berulang kali. Menanti jawapan dari isteri tersayang.

Nur menjeling manja. Takut dan teruja. Dua-dua.

"Terkejut lah, macam nak terkeluar jantung ni. Nasib baik tak go terus." Jawab Nur selamba dan tidak memberi sebarang riak pada wajahnya.

"Haip! Mulut tu jangan cakap macam tu. Abang tak suka." Tegur Kyle garang.

Nur hanya tersengih menayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Nur rindu abang." Luah Nur perlahan dan malu-malu. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Really ?"

Nur angguk berserta senyuman manisnya bak gula.

"But.. abang tak rindu Nur pun." Ujar Kyle sekadar mahu mengusik isterinya.

Nur menjegilkan matanya.

"Tipu."

"Apa pulak tipu, betul lah."

Nur diam tak berkutik. Sampai hati Kyle tak rindu dia.

"Dah tu kenapa balik awal sehari ? Pergi lah sana balik." Balas Nur merajuk. Kepala Kyle yang berlabuh di bahunya terus ditolak agak kasar. Tubuh berisinya dijauhkan dari Kyle.

Kyle tahan gelak. Dia merapatkan semula kedudukannya disebelah Nur. Sofa yang agak tebal itu, membuatkan kaki Nur tak mencecah lantai. Nak tergelak Kyle melihatnya. Dah la badan berisi kaki pulak pendek. Haih comelnya isteri aku.

"Sana la sikit, rimas tau tak."

"Rimas ?"

"Hmm !"

"Uishh garangnya mak buyung ni."

"Siapa mak buyung ?"

"Sayang lah. Badan sayang macam tempayan je sekarang." Komen Kyle tak berlapik. Matanya melirik ke tubuh isterinya. Baru enam hari tak tengok dah nampak bertambah berisi lagi.

Terbuntang mata Nur mendengarnya. Tempayan? Perut Kyle terus dicubit geram.

"Erghh ! Sakit lah sayang, apa ni cubit-cubit abang. Tak baik tau."

"Kutuk orang tu baik sangat ke Tuan Kyle Andry ?"

Kyle tergelak. Nur menjeling meluat.

"Dia yang buat kita macam tempayan." Ujar Nur perlahan.

Kyle yang terdengar tertawa kecil.

"Bukan sayang suka ke abang buat ehem-ehem tu kat sayang ?"

Terlopong Nur.

"Gila !"

"Abang gila sayang tu gatal. Mana lagi teruk ?"

Nur pura-pura tak dengar. Kyle sudah tersenyum kemenangan.

"I miss you, so.....much !" Ujar Kyle. Mendalam ayat itu.

Nur pekakkan telinganya.

"Sayang rindu abang banyak ke sikit ?"

Nur jongket bahunya.

"Alaa tadi cakap rindu. Semalam pun Nur tidur pakai t-shirt abang."

Nur ketap bibir. Boleh dikatakan hampir setiap malam dia tidur pakai baju suaminya. Baju t-shirtnya semua dah sendat.

"Baju Nur dah ketat. Dah tak muat nak pakai." Jawab Nur lurus.

Terhambur ketawa Kyle.

"Memang lah dah ketat, tengok la badan sayang sekarang, besar dari abang."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now