Bab 38

7.5K 247 4
                                    

Kyle melangkah masuk ke perkarangan lobi hotelnya. Senyumannya dilemparkan kepada para pekerja yang menyapanya. Beberapa orang bodyguardnya yang mengikuti dari belakang saling berpandangan. Mimpi apa Tuan Kyle hari ni ?

Para pekerja yang mendapat balasan senyuman dari Tuan besar mereka pula masing-masing tercengang. Selama ini tidak pernah senyum, kalau senyum pun boleh dikatakan senyuman itu hambar sahaja. Selebihnya muka ketat itu je lah yang ditayang setiap hari.

Sampai di aras yang menempatkan pejabatnya, Kyle berhenti di meja setiausahanya. Linda segera bangun dan berdiri tegak. Seperti biasa ucapan selamat pagi diucapkan kepada bossnya itu. Kemudian diekori langkah Kyle masuk ke ruang pejabatnya, mahu memberitahu tentang jadual hari ini.

"Hari ni I ada appointment dengan siapa ?"

"Hari ni Tuan ada appointment dengan Datuk Zainal jam 3.00 petang dekat Hotel Palace Of The Golden Horses. Then, jam 5 petang ada meeting dengan Mr Lee, wakil client dari China. Meeting dekat hotel ni je..maybe just minum petang macam tu je, takde pasal kerja sangat pun sebab Mr Lee nak kenal-kenal dengan Tuan katanya. Appointment dengan Deluxe Company dah dibatalkan, mereka tak dapat datang hari ni, mungkin esok atau lusa wakil Deluxe akan jumpa dengan Tuan.  That all for today, Tuan." Linda membacakan jadual harian kepada Kyle melalui tablet yang dipegangnya.

Dahi Kyle berlapis-lapis mendengar jadualnya pada hari ini. Nampaknya terpaksa juga dia pulang lewat sedikit.

"Okay, thanks. You boleh keluar."

Linda mengangguk sopan. Kakinya menapak keluar, tetapi tiba-tiba Kyle menyeru namanya.

"Linda."

"Ya, Tuan. Ada apa-apa lagi ke ?

"You tahu Adam bodyguard I ?" Soal Kyle.

"Ya, saya tahu. Kenapa Tuan ?" Wajah Linda mula berubah bila nama Adam disebut.

"I think you should give a chance to him.."

Linda mengerutkan dahinya.

"Well.. He's like you.." Sambung Kyle lagi.

Tercengang Linda. Tapi mulutnya seakan dikunci pula untuk bertanya lebih lanjut.

"Pergilah buat kerja you, jam 3 you follow I jumpa Datuk Zainal." Pesannya lagi tanpa memandang wajah Linda. Dia pasti setiausahanya itu sedang memikirkan tentang kata-katanya sebentar tadi.

Linda mengangguk mendengar pesanan itu. Kakinya terus melangkah keluar. Punggungnya dilabuhkan di kerusi kerjanya. Jari telunjuknya mengetuk perlahan dagunya.

"Pelik la Tuan hari ni, dah kena sampuk dengan jembalang mana pulak." Omel Linda perlahan. Nafas berat dihembus. Wajah Adam, bodyguard Tuan Kyle terbayang di mindanya. Bukan dia tak tahu lelaki itu ramai juga peminatnya dihotel ini. Tambah-tambah Cik Suzana tu, siapa yang berbual atau menegur Adam pasti dia akan memperli orang itu habis-habisan.

"Ah baik aku buat kerja je. Buang masa fikir." Ujar Linda perlahan. Kepalanya digelengkan berkali-kali.

"You geleng-geleng ni kenapa ?" Tegur Encik Fuad salah seorang pekerja senior disitu.

"Eh, Encik Fuad. Tak ada apa lah. Takpe lah saya nak buat kerja ni." Linda segera memberi alasan.

Fuad mengangguk dan berlalu pergi. Tak ada peluang langsung nak bersembang dengan Linda.












***********











"Sampai bila Mika nak rahsiakan hal ni dari Nur ?"

"I don't know.."

"Mika tak boleh buat macam ni sayang. Nur berhak tahu segalanya.. apa yang Mika tanggung selama ni.."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now