Bab 21

6.4K 313 28
                                    

Nur mengesat air matanya setelah mendengar apa yang diceritakan abangnya. Sebak.

"Jadi kenapa abang tak cari Nur kat rumah ibu dan ayah yang Nur tinggal sekarang ? Abang tak ingat ke rumah kita tu ?"

Mikael menggeleng. Bukan bermaksud dia sudah lupakan rumah peninggalan arwah orang tuanya.

"Abang dah pergi, tapi rumah tu kosong. Mak Long cakap dia dah jual dan duit hasil jualan rumah tu Mak Long bayar hutang-hutang ayah. Lagi pun masa abang pergi rumah tu Nur masih tinggal kat rumah anak-anak yatim. Jadi abang percaya je cakap Mak Long yang rumah tu bukan milik kita lagi. Masa tu abang betul-betul percaya yang semua keluarga abang dah meninggal waktu kemalangan." Jelas Mikael, dia turut mengalirkan air mata.

Nur angguk kepala. Air mata mengalir lagi.

"Abang tak pergi kubur ibu dan ayah ? Adik Dani dan baby Mikayla pun dikebumikan satu liang lahad dengan ayah dengan ibu." Cerita Nur sayu.

"Abang pergi..tapi entah la abang masih ragu-ragu sebenarnya waktu tu. Abang tak percaya yang semua orang dah tinggalkan abang."

"Ye lah Nur faham. Em..kalau Adik Dani dan baby Mikayla masih ada pasti Nur tak keseorangan dalam hidup ni.." Ujar Nur tiba-tiba.

"Sabarlah Nur, diorang mesti tengah tunggu kita dekat sana." Ujar Mikael pasrah. Dia sudah redha kehilangan ahli keluarganya, tapi nampaknya Nur masih merindui dua orang adik mereka yang turut sama terkorban dalam kemalangan tersebut.

Nur mengangguk lemah. Air matanya masih mengalir keluar di lap dengan lengan baju. Hingus disedut.

"Nur abang nak tanya sikit."

"Tanya lah." Balas Nur, serak sudah suaranya.

"Macam mana kemalangan tu boleh berlaku ?"

Nur diam. Ligat kepalanya cuba mengingati semula kejadian malang itu. Mikael menunggu adiknya membuka mulut.

"Waktu tu kita orang semua nak pergi lawat abang kat rumah Tan Sri Reza. Sampai-sampai je kat rumah Tan Sri, bibik cakap abang tak ada. Tan Sri Reza dah bawa abang pergi England tinggal kat sana. Ayah kecewa sangat. Ibu pun sama. Tak henti-henti menangis, sebut nama abang. Lepas tu dalam perjalanan balik, hujan lebat. Cuaca pun gelap sebab dah malam. Masa tu lah kemalangan tu terjadi, Nur masih ingat abang. Semuanya berlaku dengan pantas sangat. Nur sedar-sedar je dah ada dekat hospital. Nurse bagitahu dah dua hari Nur tak sedarkan diri."

Nur menangis teresak-esak menceritakan hal tersebut. Rasa takut dan trauma akibat kemalangan itu masih terpahat dalam dirinya. Mikael pantas memeluk erat tubuh kecil itu. Air mata yang mengalir di pipi adiknya disapu lembut. Sungguh hatinya berasa amat sebak. Hidup adiknya sangat menderita.

Mikael yang ketika itu berusia 12 tahun diserahkan kepada Tan Sri Reza dan Puan Sri Dahlia. Puan Sri Dahlia mengalami kemurungan setelah kematian anak kandungnya yang juga bernama 'Mikael'.

Sewaktu itu, Encik Khairuddin bekerja sebagai pemandu Tan Sri Reza. Oleh kerana kasihankan majikannya dan atas pujukan Tan Sri Reza juga Encik Khairuddin menyerahkan Mikael Hanafi kepada pasangan suami isteri itu. Dan dengan kehadiran Mikael, Puan Sri Dahlia sembuh daripada penyakit kemurungan yang dihidapinya.

Tapi siapa sangka Puan Sri Dahlia ada muslihat lain, iaitu membawa pergi Mikael jauh dari Malaysia dan keluarga kandungnya. Dia mahukan Mikael sebagai haknya kerana sudah menyayangi anak itu sepenuh hatinya. Tan Sri Reza terpaksa mengikut saja kehendak isterinya itu jika tidak penyakit isterinya mungkin datang semula.

Mikael tinggal di luar negara bersama keluarga angkatnya selama 9 tahun. Pada usianya 21 tahun mereka sekeluarga pulang semula ke Malaysia. Dan diusia itu Mikael mula mengenali Zafril dan Arin melalui sepupunya Tengku Haikal yang merupakan suami Arin sekarang.. Amat rapat sekali hubungan mereka berempat.





NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now