Bab 26

6.7K 253 13
                                    

"Weh Nur! Kau datang jugak hari ni, kita orang ingatkan kau MC lagi." Tegur Mira. Dia menghampiri Nur yang sedang duduk di kerusi kayu itu.

"Lama jugak eh kau masuk wad. Ni dah sihat betul-betul ke ni ?"  Shila pula menyoal dia.

Nur hanya mengangguk. Sebaris senyuman terlakar di bibirnya.

"Aku dah sihat. Boleh lah datang kerja." Balas Nur ceria.

"Alaa.. tapi lepas ni kau dah tak stay department ni dah.." ujar Shila lagi sambil memuncungkan mulutnya.

"Kenapa pulak ? Aku kerja sini je, nak pergi mana lagi ? Ada-ada je la kau ni Shila." Nur tertawa kecil.

Shila mencebik bibirnya. Dia serius boleh pula Nur ketawakan dia.

"Kau tak tahu ke Helen baru je bagitahu yang Tuan dah pindahkan kau dekat department dia. Jadi tea lady Tuan tau.. wahh best la kau lepas ni boleh mengadap Tuan hari-hari. Free je boleh cuci mata mengadap muka kacak Tuan tu." Ujar Mira tersengih gedik.

Shila dan Aimi mengangguk setuju. Sengaja kening mereka dijongket berulang kali.

"Serius la weh?" Nur bingung.

Spontan Nur membulatkan matanya. Bibirnya diketap.

"Semangat lah kau kerja lepas ni, hari-hari mengadap muka handsome Tuan tu."

Huh! Nur menjuih bibirnya. Ingat seronok ke duduk dekat dengan lelaki gatal tu ?

"Tapi kalau kau takde kerja boleh je kan kau datang bawah ni lepak dengan kita orang ?" Tanya Aimi pula.

"Mestilah.. Tapikan kenapa aku kena pindah atas eh ?" Soal Nur agak bengang sebenarnya. Ini mesti kerja lelaki itu, ada saja akalnya mahu mengenakan dia.

"Tuan risaukan kau lah tu, tak ingat ke apa jadi dekat kau hari tu ?"

"Jangan-jangan Tuan Kyle dah jatuh hati kot kat kau, hehee..."

"Tuan berkenan dekat dengan kau lah tu.."

Nur diam bila semua rakannya sudah membuat spekulasi sendiri. Wajah rakan sekerjanya direnung silih-berganti.

"Eh, tapi dekat atas memang nak pakai pekerja pun, tea lady yang lama tu kan dah berhenti kerja.." Ujar Shila lagi.

"Hmm.. Tapi kenapa aku ? Aku baru je nak rapat dengan korang, dah kena tukar pulak." Luah Nur sayu.

"Alaa kau ni.. macam lah tak boleh jumpa langsung. Cuma skop kerja kita je lah yang tak sama lepas ni, shift kerja pun tak sama dah. Kau kerja ikut waktu ofis la, kita orang kena mengadap shift lagi. Arghh...bosannya." Luah Mira sebal, kakinya dihentak-hentak ke lantai. Penyapu yang dipegangnya juga diketuk-ketuk ke dinding.

Shila dan Aimi terus melepas gelak melihat perlakuan Mira yang agak luar biasa itu. Nur pula terkebil-kebil memandang Mira. Tak pernah dia lihat Mira sebegitu.

"Rileks Nur, Mira ni memang macam ni kalau tengah geram. Hahahahaa..." Jawab Shila sambil ketawa besar.

Nur dan Aimi juga ikut ketawa.

"Hey girls! Bising-bising ni kenapa ?" Tegur Helen di muka pintu. Berkerut dahi wanita itu.

Secara automatik terhenti ketawa empat orang gadis housekeeping itu.

"Eh, Helen. Tak ada apa, saja je.. gurau-gurau." Jawab Shila tersengih malu.

"Hmm ye ke ?"

"Shila mengangguk laju.

"Oh Nur pun ada ? I'm sure you dah tahu kan fasal kena pindah ke department Tuan Kyle hari ni ?" Soal Helen.

Nur terkesima.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now