Bab 13

6.7K 334 21
                                    

Kyle melangkah masuk kedalam pejabatnya dengan wajah tegang, diikuti seorang lelaki bernama Ramli, pengawal keselamatan yang bertugas dibilik CCTV semalam.

Butang interkom ditekan, lalu disambungkan kepada Linda.

"Suruh dia orang masuk sekarang."

"Baik Tuan."

Tuk tuk tuk !

Bunyi ketukan dipintu. Pasti Linda dan pekerja yang lain.

"Masuk." Arah Kyle dari dalam.

Linda menolak perlahan pintu bilik pejabat tuannya. Kelihatan dibelakangnya ada Helen, Shila, Mira dan Aimi.

"Sit." Arah Kyle kepada semua pekerjanya.

Mereka semua duduk dengan sopan. Kali pertama masuk dalam bilik tuan besar siapa tak gentar.

"Betina tu dah sampai ke belum ?" Soal Kyle mendatar.

Helen tersentak, betina ? Oh Suzana.

"Guard kat bawah dah inform Suzana sudah sampai Tuan." Ramli menjawab.

Kyle mengangguk. Pandangannya tertumlu ke arah dinding kaca dipejabatnya. Bangunan-bangunan pencakar langit menghiasi pemandangannya. Matanya statik melihat kearah itu tak berkelip. Dalam hati memikirkan Nur yang masih lemah dihospital. Hatinya sakit melihat keadaan Nur seperti itu.

Semalam sahaja Nur meracau-racau hingga ke subuh. Selepas subuh dan memastikan Nur sudah tertidur barulah dia kembali ke penthouse miliknya. Walaupun agak penat kerana tak cukup tidur dia tetap juga ingin menyelesaikan hal Suzana hari ini juga.

Shila dan Mira saling berpandangan. Dalam hati mereka penuh dengan tanda tanya. Tiada seorang pun diantara mereka berani mengeluarkan suara, hanya mengangguk saja bila diarahkan duduk sebentar tadi.

Aimi yang duduk disofa berangkai bersama Shila dan Mira pula hanya berdiam diri semenjak tadi. Matanya mencuri pandang disekeliling bilik Tuan Kyle. Besar gila!



*************



Dilobi pula kelibat Suzana yang baru sampai dipandang dengan ekor mata oleh seorang bodyguard Kyle.

"Cik Suzana." Tegurnya.

Suzana yang sedang berjalan berlenggang-lenggok itu berhenti bila mendengar seseorang memanggil namanya. Dihala kekiri kepalanya. Matanya bertembung dengan mata seorang lelaki yang memandangnya tanpa riak.

Adam bodyguard Tuan Kyle. Ada apa ya dia panggil aku ? Linda melemparkan senyum manis kepada Adam.

"Yes Adam, kenapa panggil I ? Ada apa-apa ke yang I boleh bantu ? " Soal Suzana manja. Dah lama dia cuba mencuri peluang bercakap-cakap dengan Adam. Tapi Adam dingin seperti Tuan Kyle juga. Dengan Linda saja dia mahu berborak. Huh! Hati Suzana sakit bila teringatkan hal itu. Menyampah juga dia dengan Linda.

Dan hari ini, dipagi ini Adam menegurnya. Adakah ini mimpi ? Suzana terasa mukanya sudah membahang panas, malu la konon. Biarpun nada suara Adam agak tegas tapi Suzana suka!

"Follow me." Jawab Adam tegas. Bibirnya langsung tak membalas senyuman menggoda Suzana.

Suzana teruja.

"You nak I ikut pergi mana, Adam ? Nak pergi breakfast ke ? Boleh je tapi I tak nak heavy breakfast tau.. I tengah diet." Ujar Suzana malu-malu. Gedik.

"Pejabat Tuan Kyle." Jawab Adam sedikit sinis.

Suzana tersentak. Pejabat Tuan Kyle ? Kenapa ya. Dia mula memikirkan sesuatu. Otaknya cepat saja terfikir sesuatu. Tak kan fasal semalam ? Mata Suzana membulat bila dia tiba-tiba teringatkan.... Nur! Macam mana keadaan perempuan itu ? Suzana mula gelisah. Hilang terus perasaan terujanya.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now