Bab 51

10.9K 271 7
                                    

Pintu bilik dikuak perlahan lalu Kyle melangkah masuk dengan penuh berhati-hati. Nafas berat dihela bila melihat isterinya sedang bersandar di kepala katil sambil memicit-micit kepalanya. Nur baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital petang kelmarin.

Kyle menghampiri Nur lalu melabuhkan punggung di birai katil. Wajah tak bermaya isterinya direnung penuh kasih. Hari-hari Nur muntah. Kata mummy itu morning sickness yang dialami oleh wanita hamil. Kyle meraih tangan Nur yang sibuk memicit kepalanya.

"Pening lagi ke ?" PerlahanKyle menyoal.

Anggukan kecil diberikan pada suaminya.

"Rasa nak muntah lagi tak ?" Kyle menyoal lagi. Sungguh kasihan dia nelihat Nur. Teruk alahan yang dialami isterinya. Makan sesuap nasi pun muntah juga.

Nur hanya menggeleng. Kyle menghela nafas berat. Nampaknya Nur memang tak nak bercakap dengan dia.

"Baringlah.. abang picitkan kepala nak ?"

"Tak nak lah." Nur menjawab malas.

Dia sedikit tersentak bila Kyle membahasakan dirinya 'abang'. Terpaksa lah diubah panggilan mereka bila ditegur mummy hari tu.

Tak mengendahkan jawapan isterinya. Tubuh Nur terus ditarik lembut lalu dibaringkan. Kyle turut mengambil tempat berbaring disebelah isterinya. Lengannya dijadikan bantal untuk Nur.

Nur mula rasa tidak selesa bila mereka serapat itu. Meremang bulu romanya. Terasa tangan Kyle mengusap lembut pinggangnya. Rasa berdebar mula hadir. Kyle menjeling wajah Nur, nampak benar Nur seperti tak keruan. Kyle tersengih, idea nakalnya sudah muncul. Perlahan-lahan tangannya merayap masuk ke dalam baju Nur. Tangannya dilabuhkan di perut isterinya. Dielus-elus perut lembut itu.

Nur membiarkan saja tangan nakal itu bermain-main di kulit perutnya. Walaupun ada rasa geli juga. Lama kelamaan dia merasakan tangan nakal itu semakin merayap ke atas. Tak tunggu lama terus dicubit lengan Kyle.

"Auww ! Sakitlah sayang." Kyle mengaduh sakit, dia terus bangun terduduk di atas katil itu. Digosok lengannya yang dicubit Nur. Perit betul.

"Sakit lah sayang.. tengok ni merah dan lengan abang. Kenapa cubit abang kuat sangat ? Sakit betul." Ujar Kyle, tercebik-cebik bibirnya.

Nur mahu tergelak tapi ditahan saja. Hanya wajah ketat ditayangkan. Dalam diam dia tersenyum melihat kelakuan suaminya. Macam budak kecil kena cubit dengan mak jer.

"Apa senyum-senyum ? Dah cubit abang senyum pulak." Ujar Kyle dengan wajah mencuka. Suaranya sengaja dibuat manja.

Mati senyuman Nur. Malu pula. Dia segera memusingkan badannya ke arah kiri.

Kyle menggaru tepi keningnya. Idea jahatnya masih berlegar-legar di dalam kepala. Segera dia berbaring rapat di sebelah Nur, tubuh kecil Nur terus ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"Ish rimas lah. Dah la saya pening ni." Ujar Nur geram. Tangannya memukul perlahan lengan Kyle.

"Abang nak picit kepala sayang tak nak."

"Dah tak pening." Jawab Nur tak berapa jujur.

"Ye ke ? Cepatnya pening sayang hilang."

"Pening sikit-sikit je ni." Jujur pula Nur membalas.

"Sayang pusing la sini. Tak baik tidur membelakangkan suami."

Nur berdecit. Tak habis-habis alasan yang sama digunakan.

"Sayang...." Kyle menggoncang bahu Nur.

Nur mengeraskan badannya.

"Sayang..."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now