Bab 58

9K 277 21
                                    

Wajah Kyle yang masih terlena diusap. Dari mata turun ke hidung dan seterusnya ke bibir. Kening Kyle dielus dengan ibu jarinya. Rugi pula merajuk lama-lama tak dapat nak tatap wajah kacak encik suami. uhuk!

"Sayang.. jangan lah kacau abang nak tidur ni." Ujar Kyle dengan suara serak basahnya.

Nur tak mengendahkan sebaliknya semakin seronok dia membelek-belek wajah kacak itu.

"Sayang!" Suara Kyle tegas sedikit tapi Nur rasa macam manja je suara Kyle. Dia tersengih suka.

"Abang, bangun lah. Nur lapar."

"Bibik kan ada." Jawab Kyle malas. Selimut ditarik menutupi mukanya.

Nur mencebik. Ditarik kembali selimut itu. Kedua belah mata suaminya dikucup.

"Bangun lah abang, Nur rasa Nur nak makan aiskrim vanilla. Buka lah mata tu.."

"Hmm." Hanya itu yang dibalas Kyle dengan mata terpejam.

"Abang tak pergi ofis ke hari ni?" Nur menyoal, jari telunjuknya melakar-lakar sesuatu di dada bidang Kyle.

"Tak. Sayang bagi lah abang tidur kejap."

"Jom keluar jalan-jalan. Nur teringin nak makan aiskrim." Bahu Kyle digoncang kuat. Namun Kyle masih tak membuka matanya.

"I want ice-cream..." Nur berbisik halus di cuping telinga Kyle.

Dan nyata Kyle masih memejamkan matanya rapat. Tak peduli dengan gangguan yang dibuat Nur.

Nur merengus geram.

"Tak apa lah tak nak bawak, Nur pergi sendiri je naik grab." Rajuk Nur.

Terus tercelik mata Kyle.

"Degil kan sayang ni." Ujar Kyle dan terus memeluk tubuh Nur erat. Nur sengih dan turut membalas pelukannya.

"Jangan mengada lah nak naib grab bagai." Puncak hidung isterinya dipicit perlahan.

"Jangan marah Nur lagi.. Nur takut abang marah-marah."

Kyle senyum dengan mata kuyunya. Rasa mengantuk mula hilang sedikit demi sedikit.

"Takut ke nak merajuk lagi ?"

"Dua-dua."

"Tamak. Dua-dua nak. Tak kesian dekat abang?"

Nur diam. Soalan Kyle tak dijawab. Dia hanya tersenyum saja di dada bidang suaminya. Dicium sekilas dada tak berbaju itu.

"Naughty." Ujar Kyle perlahan. Dahi Nur dikucup sesaat.

"Abang..." Meleret suara Nur.

"Why ?"

"I'm sorry.."

"For what ?"

"Sebab Nur merajuk sebulan."

"Memang patut pun sayang minta maaf. Terseksa abang tau. Sebulan tu.. huhhh.. seksa betul."

"Lain kali jangan merajuk lama-lama sangat. And one more thing, jangan sesekali cakap pasal cerai. Sakit hati abang dengar. Nak gugur jantung abang.." Tambah Kyle lagi.

Dari semalam Nur buat drama air mata. Tak habis-habis minta maaf. Dan pagi ini dia mahu bermanja pula. Macam-macam karenah ibu mengandung ini.

Nur terdiam. Mukanya disembam pada dada Kyle.

"Nak pergi mana hari ni ?" Soal Kyle memecah kesunyian.

"Mana-mana je. Nur nak makan aiskrim, spaghetti, chicken chop, ais kacang.."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now