Bab 4

7K 356 14
                                    

Suasana di kedai bunga milik Nur bekerja sunyi sahaja walaupun ada pelanggan yang datang mengambil pesanan mereka, sesekali terdengar omelan kecil keluar daripada mulut rakan sekerjanya, Misya. Nur fokus melakukan kerjanya, sempat dia menjeling ke arah Misya yang asyik terkumat-kamit sahaja mulutnya sejak tadi. Pasti ada yang tidak kena dengan kerjanya, fikir Nur. Nur tersenyum pendek. Lincah sahaja jari jemari runcing miliknya menyusun gubahan bunga yang ditempah pelanggan. Kerjanya diteruskan tanpa memikirkan apa-apa.

Waktu sudah menginjak petang. Misya di kaunter sibuk melayan pelanggan yang ingin membayar bunga yang dibeli mereka. Ada juga yang datang mengambil tempahan bunga yang telah siap digubah. Semakin petang semakin ramai pula pelanggan yang datang.

Kak Gee merangkap tuan kedai dan bos mereka kelihatan sibuk juga melayan pelanggan dari golongan VIP. Sesekali Nur mencuri pandang melihat ke arah Kak Gee yang sabar melayan karenah pelanggan. Bermacam-macam karenah orang-orang kaya ini. Nak bunga segar sudah diberi, tapi masih lagi tidak berpuas hati. Pergilah petik sendiri di Cameron Highlands sana. Kutuk Nur geram. Namun kutukan itu sekadar terluah di dalam hatinya.

"Cerewet betul, mentang-mentang kaya. Banyak duit semuanya tak kena." Omel Nur perlahan dengan mata yang masih utuh memandang seorang Datin yang sejak tadi tidak henti-henti membebel. Nur menggeleng kepalanya. Sempat juga dia memuji Kak Gee yang juga sejak tadi sentiasa tersenyum dan bersabar melayan kehendak Datin tersebut.

Nur terus melakukan kerjanya, malas nak hiraukan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bunga yang digubahnya harus disiapkan hari ini juga kerana bila-bila masa saja pelanggan akan datang mengambilnya.

"Sikit je lagi." Bisiknya perlahan. Naik lenguh juga jari jemarinya yang dari tadi tak berhenti melakukan kerja.

"Yes. Siap!"

Nur tersenyum lebar melihat hasil kerjanya. Jarinya diletup-letupkan bagi menghilangkan rasa lenguh yang bertandang. Lenguh pinggangnya kerana duduk terlalu lama. Dia bangun sambil mencekak pinggang.

"Nur dah siap ke bunga tu ?" Soal Kak Gee bila melihat Nur sudah pun bangun daripada duduknya.

Segera Nur berpaling dan menjawab pertanyaan itu.

"Dah Kak Gee."

"Good."

Kak Gee menghampirinya, lantas bunga yang digubah Nur di belek-beleknya. Hasil gubahan Nur diteliti dengan senyuman.

"Cantik Nur gubah. Tak pernah tak cantik kalau Nur punya kerja. Tiptop! " Puji Kak Gee. Ibu jarinya diangkat tanda bagus.

Nur tersengih gembira.

"Harap-harap customer suka." Ujar Nur. Ada je pelanggan yang tak suka akan hasil kerjanya. Cerewet sangat. Well, customer is always right.

"Kejap lagi customer nak datang ambil. Nur balik la dulu, dah dekat jam 7 petang dah ni. Nanti lewat pula."

"Takpe ke akak ?" Tanya Nur, segan pula dia datang lambat balik awal.

"Takp... belum sempat Kak Gee menjawab kedengaran suara wanita memberi salam dipintu kedai.

"Assalamualaikum..."

Nur dan Kak Gee berpaling ke arah pintu kedai. Kak Gee terus melangkah pergi ke arah wanita tersebut.

"Eh Datin. Waalaikumussalam.. Saya ingatkan Datin tak jadi datang hari ni. Duduk dulu ya Datin." Pelawa Kak Gee ramah. Nur hanya melemparkan senyuman manis kepada 'Datin' tersebut. Misya yang masih sibuk di kaunter bayaran hanya menunduk kepalanya sahaja sambil tersenyum juga.

"Nur buatkan air."

Nur menganguk kecil dan segera ke ruang belakang kedai tersebut yang menempatkan dapur kecil yang telah diubah suai oleh suami Kak Gee.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now