Bab 30

7.4K 272 8
                                    

"Ini ke Nur, adik kandung Mikael ?" Soal Puan Sri Dahlia teruja. Matanya mula memandang Nur atas bawah lalu tubuh Nur terus ditarik masuk ke dalam pelukannya. Terpinga-pinga Nur dibuatnya, tapi dia merelakan saja. Pelukan itu dibalas.

"Maafkan saya sebab pisahkan Mikael dari Nur." Ucap Puan Sri Dahlia sebak.

Tan Sri Reza turut merasakan perasaan yang sama. Anak ini sudah besar. Menyesal dia melakukan perkara bodoh itu dahulu. Memisahkan dua orang adik beradik kandung adalah tindakan yang paling tidak matang. Itu tindakan bodoh.

Suasana jeda seketika.

Puan Sri Dahlia melepaskan pelukannya. Tubuh Nur dibawa duduk ke sofa. Dia turut melabuhkan punggungnya disebelah Nur. Air mata yang mengalir dikesat. Wajah gadis itu direnung, tenang saja wajah itu. Seolah-olah tiada langsung perasaan marah terhadapnya.

"Nur marahkan saya ? Saya tahu ini semua salah saya." Soal Puan Sri Dahlia perlahan.

Nur diam. Dia agak takut sebenarnya. Tambah-tambah lagi semua orang yang berada disitu dari tadi tidak mengalihkan pandangan mereka. Dari tadi mereka asyik merenungnya. Lelaki itu juga tidak lepas memandangnya.

"Kami berdua yang salah. Tak sepatutnya kami buat begitu." Ujar Tan Sri Reza pula.

Mikael hanya mendengar saja, dia mahu kedua orang tua angkatnya mengakui kesilapan mereka sendiri dihadapan Nur.

Nur menghela nafasnya.  Lalu tersenyum manis.

"Nur dah lupakan hal ni. Nur tak pernah marahkan siapa-siapa. Nur bersyukur dah jumpa abang Mikael semula." Ujarnya jujur.

Memang tiada langsung perasaan marah atau dendam terhadap siapa-siapa. Hanya perasaan sedih saja menguasai dirinya semenjak dahulu lagi. Sedih kerana dirinya ditakdirkan begitu. Tapi dia tidak menyalahi takdir yang telah tertulis untuknya itu.

Puan Sri Dahlia menarik nafas lega. Bahu Nur diusapnya.

"Betul, Nur tak marahkan saya ?"

Nur memberi anggukan.

"Betul Puan Sri, saya tak marahkan Puan Sri dan Tan Sri."

"Alhamdulillah..."ucap Tan Sri Reza. Senyuman lega terukir diwajahnya. Puan Sri Dahlia juga turut mengucapkan kalimah itu.

"Jadi semua ni dah selesai kan ?" Ujar Tan Sri Reza lagi.

Semua orang mengangguk, kecuali Kyle yang hanya tersenyum kosong sahaja.

"Pipi Nur kenapa ?" Soal Puan Sri Dahlia tiba-tiba. Jarinya membelek-belek pipi Nur yang berbekas seperti cakaran itu.

"Kena cakar dengan singa meroyan." Jawab Mikael selamba.

Faham lah Puan Sri Dahlia dengan kata-kata anak angkatnya itu. Semua orang sudah memandang Nur. Tambah-tambah Kyle, tiba-tiba tegang saja wajahnya.

"Sini saya taruk ubat." Ujar Puan Sri Dahlia.

"Tak apa lah Puan Sri. Sikit je ni.."

"Sikit apa macam tu, dah lebam tu. Jom ikut saya." Tangan Nur terus ditarik menuju ke dapur. Peti kecemasan ada disimpan disana.










*********











"Aku serius."

"Entah lah. Hal macam ni aku malas nak paksa Nur."

"Kau kan abang dia.."

"Kalau kau betul-betul ikhlas kau usahakan sendiri. Aku percayakan kau tapi untuk pujuk Nur terima kau, aku tak nak buat. Sorry bro."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now