Bab 16

6.3K 318 6
                                    

"Kyle.. lewat balik sayang ?" Tegur Datin Rebecca. Wajah penat anaknya dipandang penuh kasih. Keluar awal pagi pulang lewat malam.

"Banyak kerja mummy. Mummy tak tidur lagi ?"

"Belum. Tekak ni haus pulak. Mummy turun cari air."

"Ouh.. dah lewat ni mummy pergi la sambung tidur balik. Kyle pun naik atas mandi and tidur." Ujar Kyle sambil membuka butang di lengan bajunya.

"Kyle dah makan ? Kalau belum mummy boleh panaskan lauk."

"Eh takpe la mummy Kyle dah makan kat ofis tadi. Linda tolong tapaukan."

"Ouh ye ke ? Banyak  sangat ke kerja dekat ofis tu ?"

Kyle mengangguk.

"Ye ke ? Kerja apa ye kat hospital ?" Perli Datin Rebecca.

Kyle terkejut tapi cuba dikawal riak wajahnya.

"Er..mummy.." Kyle tersengih.

"Siapa perempuan tu ? Girlfriend Kyle ke ?" Tanpa berselindung Datin Rebecca menyoal.

"Mummy..." Kyle mula mencari alasan yang sesuai. Sebolehnya dia tak mahu bercerita lagi tentang Nur.

"Kalau betul dia kekasih Kyle kenapa nak sorok dari mummy ? Mummy tak berhak tahu ke ?"

"No, mummy. Dia bukan kekasih Kyle."

"Jadi siapa perempuan tu ?"

"Pekerja Kyle mummy." Jawab Kyle perlahan. Jarinya menggaru belakang kepala yang tak gatal. Segan pula.

Datin Rebecca tayang senyuman penuh makna.

"Oo.. ye ke ? Temankan pekerja yang masuk wad sampai lewat malam, bagus bos macam Kyle ni. Mummy bangga. Anak mummy ni memang bos yang baik. Sejuk perut mummy mengandungkan kamu." Perli Datin Sri Rebecca lagi.

Kyle terkesima. Wajah Datin Rebecca yang tersenyum padanya di pandang.

"Please jujur dengan mummy.."

"Dia lain daripada yang lain mummy. Kyle pun tak pasti dengan perasaan Kyle ni. Tapi Kyle dah mula rasa sayang kat dia." Jawab Kyle perlahan. Dia menarik nafas lega dan menghembusnya dengan perasaan tenang selepas meluahkan rasa hatinya.

Datin Sri Rebecca tersenyum simpul.

"Jadi bawa lah dia datang jumpa mummy. Teringinnya mummy nak kenal. Mesti cantik kan Kyle ?"

"Err nanti lah mummy."

"Kenapa nanti ? Jangan sampai terlepas ke tangan orang lain pulak."

Kyle senyum kosong.

"Aku tak kan biarkan kau terlepas daripada genggaman aku Nur."

Senyum Kyle terpadam tiba-tiba. Mana mummy aku tahu pasal Nur ? Oh lupa, sudah semestinya mummy pasang spy. Hmm..






*************





"Nur.....rindunya kat kau, dah 4 hari tak jumpa kau babe."

"Aku pun rindu kau Nur..."

"Aku lagi rindu.."

Nur tertawa kecil mendengar luahan rakan-rakan sekerjanya.

"Aku pun rindu korang. Baru hari ni korang lawat aku, sedih tau." Ujar Nur sambil mencebik bibirnya.

"Takde cuti Nur, so kau macam mana hari ni ? Dah okay sikit ?" Soal Mira.

"Alhamdulillah semakin okay. Esok lusa boleh lah ni keluar."

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now