Bab 50

10.7K 310 43
                                    

Tanah yang masih merah itu disentuh dengan penuh perasaan sebak. Kemudian tangannya mencapai bekas berisi air mawar lalu dijirus keatas tanah kubur yang masih merah tersebut. Jemarinya menyentuh batu nisan yang masih baru itu lalu dia merenung sayu ke arah batu nisan tersebut.

Air mata yang bergenang di kelopak mata menitis ke pipi bila dia mengerdipkan mata. Pantas diseka dengan jari. Satu-satunya saudara kandung yang dia ada sudah pergi untuk selamanya. Mikael, abang kandungnya sudah tiada lagi. Nur mula tersedu-sedan menangis.

"Kita balik ye Nur, dah lewat ni." Ajak Datin Rebecca. Bahu Nur disentuh lembut lalu dielus perlahan. Sudah hampir dua jam Nur disitu. Semua yang hadir ke majlis pengebumian itu telah pun pulang. Tinggal keluarga Datuk Kamil dan Tan Sri Reza sahaja yang masih tidak berganjak.

Nur menggeleng lemah. Air matanya semakin laju merembes keluar. Puan Sri Dahlia yang berada berhampiran dengannya memeluk bahu Nur. Menyalurkan kekuatan untuk anak angkatnya itu.

"Tak baik meratap dikubur macam ni Nur. Kita balik ya." Pujuk Puan Sri Dahlia pula. Dia bingkas bangun. Air mata dikesat dengan sapu tangan.

Datin Rebecca memberi isyarat mata kepada Kyle agar memujuk Nur pulang. Kyle yang faham dengan isyarat Datin Rebecca segera menghampiri Nur. Badannya ditundukkan sedikit menyamai dengan kedudukan Nur.

"Kita balik k.." Kyle berbisik perlahan di telinga Nur. Belakang isterinya digosok lembut lalu bahu Nur disentuh dan ditarik perlahan agar Nur berdiri.

Nur berdiri lemah. Perlahan-lahan dia menapak ke arah kereta yang di parkir diluar kawasan perkuburan tersebut. Kyle memegang erat tangan Nur. Risau jika Nur terjatuh atau apa-apa, kerana dia tahu Nur agak lemah sekarang.

Tiba dirumah Nur terus menuju ke bilik tidurnya, kepalanya terasa amat berat sekali. Matanya juga terasa sakit kerana seharian menangis. Kyle memerhati langkah lemah Nur.

"Kyle pergilah temankan Nur, risau mummy tengok. Nampak tak larat sangat tu." Ujar Datin Rebecca. Dia mengambil keputusan untuk bermalam dirumah anaknya sahaja malam ini.

"Kyle naik dulu mummy."

"Ye, pergilah."



Tubuh Nur yang berbaring mengiring diatas katil dihampiri. Dia tahu Nur sedang menangis. Kyle mengambil tempat di sebelah Nur. Perlahan-lahan bahu Nur yang terhinjut-hinjut menangis itu disentuh. Bila dia melihat Nur tidak memberikan sebarang respon, tubuh kecil itu terus ditarik masuk ke dalam dakapannya.

Nur tersedu-sedan menangis. Raungannya semakin lama semakin kuat. Dia menggogoi kuat di dada Kyle.

"Just cry.." Ujar Kyle perlahan. Melihat Nur menangis membuatkan dia juga turut berasa sebak. Belakang badan Nur digosok-gosok.

"A-abang sa-saya...." Ujar Nur dengan suara tersekat-sekat.

"Sabar sayang. Allah lebih sayangkan Mikael." Terpejam sesaat bila melihat wajah isterinya yang basah dengan air mata. Air matanya masih merembes keluar. Jelas bengkak mata Nur.

Nur menggeleng lemah. Bibirnya seperti terketar-ketar.

"Tak elok menangis macam ni, sayang kena redha."

Nur tidak memberi sebarang respon. Yang Kyle dengar hanyalah tangisan Nur sahaja. Tak penatkah Nur seharian menangis ?

Lama menangis, akhirnya Nur tertidur. Kyle tersenyum hambar melihat wajah yang masih tersisa dengan air mata. Nur sedikit merengek dalam tidurnya, entah apa yang dia mimpikan. Wajahnya juga berkerut kecil. Kyle mengusap lembut belakang badan Nur. Perlahan-lahan dia membaringkan Nur supaya selesa tidurnya.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now