Bab 7

7.2K 361 36
                                    

Nur tersenyum puas bila semua kerjanya sudah diselesaikan. Penat juga dia mengemas walaupun pejabat tuan besar itu sebenarnya. Boleh dikatakan langsung tiada sebarang kekotoran, semuanya nampak bersih sahaja melalui penglihatan kasarnya. Entahlah, dia sendiri hairan kenapa perlu dibersihkan lagi.

Tapi tak mengapa itu sudah menjadi kerjanya, jadi tak perlu dia soalkan akan hal tersebut. Mudah sahaja kerjanya cuma bersihkan habuk yang entah ada atau tidak sahaja. Tak lupa juga disembur wangian di sofa dan di seluruh bilik itu.

Nur kembali menyambar botol wangian lavender lalu disemburkan lagi pada sofa. Sedang dia ralit menyemburkan wangian lavender itu, dia terdengar pintu ditolak daripada luar. Pantas dia memusingkan badannya. Sepantas kilat matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna biru kelabu.

Nur kaget!

Wajah si pemilik mata bewarna biru kelabu itu juga kelihatan agak terkejut dan hairan.

"Hey you! Who are you?!" Jerkahnya lantang. Dia menapak ke arah Nur.
Nur yang terkejut lantas mengundur ke belakang.

"Stop!"

Arah lelaki itu kuat. Bertambah terkejut Nur yang sudah sedia takut itu. Botol wangian yang dipegangnya terus jatuh ke lantai kerana terlepas daripada pegangannya. Nur telan air liur.

"Who are you?! Who gave you permission to enter my office?!"

"I ask you. Who are you ?"

Bertubi-tubi soalan dilemparkan. Dengan wajah menyingga milik jejaka tersebut, kecut perut Nur dibuatnya. Mulutnya seakan sudah terkunci.

Matanya tajam memandang wajah Nur yang pucat itu. Tubuh Nur diperhati atas bawah. Terlihat pakaian yang dipakai Nur. Uniform housekeeping.

"Are you deaf?" Suaranya dilembutkan tapi masih lagi mengekalkan nada tegasnya.

Nur terkebil-kebil memandang 'mat salih' yang berdiri dihadapannya ini. Tangannya mengenggam erat hujung bajunya.

"So-sorry boss."

"Boss?!" Lelaki itu menyoalnya pelik.

Nur mengangguk laju. Tiba-tiba dia teringat lelaki itu mungkin 'Tuan' yang disebut oleh Linda dan Mrs Helen.

Lantas dia bersuara tanpa melihat wajah lelaki itu.

"So-sorry Tuan. Maafkan saya. Sa-saya ditugaskan untuk kemas bilik ni." Tergagap dia bersuara.

Kyle melangkah setapak, menghampiri Nur. Gadis itu menunduk saja dari tadi. Tiba di hadapan gadis itu Kyle bersuara.

"Tuan or Boss?" soalnya nakal. Suaranya sengaja dilunakkan.

Nur segera mengangkat kepalanya. Terkejut dia bila lelaki itu berdiri rapat di hadapannya. Pantas diundur lagi langkahnya ke belakang sehinggalah...buk! Belakangnya sudah tersandar di dinding. Kyle semakin nakal menghampiri gadis itu. Jelas terpancar riak wajah yang ketakutan.

"I ask you.. Tuan or Boss?"

Nur mendongak, nafasnya ditarik dalam-dalam.

"Tu-tuan." Gagap lagi Nur menjawab.

"What?!!" Dijerkahnya lagi gadis itu.

" Er..errr... Boss!" Laju Nur menjawab. Dadanya yang turun naik laju cuba dikawal, sangat gementar dia rasakan saat ini.

"Tuan or Boss?!" Sengaja ditengking lagi gadis yang berdiri tersandar di dinding itu.

"Tuan Boss!" Nur menjawab yakin. Wajahnya diangkat menatap wajah lelaki yang menengkingnya itu. Segera dilarikan pandangannya kearah lain. Diramas-ramas jari-jemarinya sendiri.

NUR : Kau CahayakuWhere stories live. Discover now