"Woiii!" sergah Draky dari belakang. Eva yang baru nak menyuap sandwic tuna terus bangun merenung Draky yang riak bersahaja.
"Kau dah pahal nak jerit-jerit?" soal Isha tidak puas hati.
"Nasib baik aku takde masalah jantung" sampuk Ifa sambil memegang hot chocolate nya yang hampir tertumpah.
"Korang yang pahal duduk tempat kita orang," tebak Wiz.
"Tak nampak pun nama korang," ujar Eris selamba. Matanya melilau memerhati sekeliling cafe.
"Eyy, nasib kau perempuan tau," keluh Ed sebelum dia melangkah meninggalkan Roses. Tangan kanannya dikepal geram.
"Daripada hari tu kita orang sabar je tau dengan korang ni. Jangan sampai satu hari.." Draky menunding jari ke arah Eva.
Eva terus melangkah merapatu Draky.
"Apa?" Eva menjungkitkan keningnya.
"Argh!" Draky terus berlalu mengejar langkah DK yang sudah ke hadapan.
"Haa..blah sana. Pergi mengadu dekat Tan Sri" perli Mel sambil ketawa kecil. Seronok tengok muka pontianak tak cukup darah Ed tadi bila nampak Roses kat port favourite dia orang.
" Mana satu cucu Tan Sri?" soal Reen sambil meneruskan suapan.
"Yang Edrez tu," jawab Eris. Yang lain hanya menggangguk. Tiba-tiba semua ketawa serentak melihat DK di meja yang tidak berapa jauh dari mereka.
"Bengang sangat tu," perli Ily pula.
"Semalam ada orang follow instagram BlackRoses tahu tak?" soal Ily setelah mereka selesai mentertawakan DK tadi
"Siapa? Yang Devil Knight tu ke?"soal Isha pula.
Masing-masing keluarkan smartphone nak check notification instagram Roses.
"Siapa tu? Devil?" Leen mula menyiasat notification Instagram BlackRoses.
"Tu nama group budak-budak lelaki tadi tu lah. Dia orang kira jejaka idaman ramai kat sekolah ni," jawab Eris sambil membuat muka loya.
"Eyy, jijik apa idaman," kutuk Mel sambil ketawa.
"Ye weyhh, famous sangat ke dia orang?" Ifa mula menunjukkan minatnya. Almaklum la bila heartbreaker nye dah datang.
"Famouslah jugak. Group tu official masa dia orang form one lagi .Leader dia orang Edrez, Noah Edrez Enrique," terang Eris serba sedikit yang dia tahu.
"Ohhh...tapi kita lagi lama kan? Dari kecik lagi dah rapat," ujar Ily mahu menangkan Roses.
"Itu yang masa kenalkan diri kat kelas tadi semua pandang tak berkelip," Terbahak-bahak Reen ketawa.
"Mana kau tahu pasal dia orang ni Eris?" soal Mel. Keningnya dijungkit sebelah meminta penjelasan adik kembarnya.
"Aku tanya kat budak mane tah. Dia minat gile kot kat DK tu. Lagi-lagi dekat Herron tu," terang Eris.
"Good job! Kau memang penyampai maklumat yang terbaik weh," puji Ily. Bahu Eris ditepuk-tepuk.
"Well. I knew everything. Aku kan penyampai maklumat yg pling hebat kat dalam geng kita," balas Eris dengan bersahaja.
'As always Eris masuk bakul angkat sendiri' desis hati Eva.
"Tengoklah kakak dia siapa,"sampuk Mel.
"Eleh, dia pun nak nama jugak,"perli Ifa sebelum perutnya menjadi tempat persinggahan siku Mel.
**🥀**
Selepas makan malam, seperti biasa kesemua Roses masuk dalam bilik masing-masing. Penat membawang, mengutuk,meluah dan macam-macam lah.
"Ifa kau dah siap kemas barang untuk esok belum?" tanya Isha yang sedang mengemas barang sekolah nya. Buku-buku yang dia rasa tak penting, di alihkan ke tepi.
'Eh asal dia diam ni?' bisik hati kecilnya.
"Ifa? Kau dah kemas ke belom?" tanya Isha lagi.
Isha pandang Ifa yg sedang berselubung di dalam selimut.
"Woi?! Aku tnye ko ni, dik!" Sergah Isha sambil menarik selimutnya.
"Eh nape ko nangis ni?" tanye Isha sambil memeluk Ifa.
"Tadi happy, gelak kalah pontianak. Ni nangis pulak?"Isha pelik dengan kelakuan Ifa yg bertukar 360 darjah.
'Takkan dia rindu mommy ngan daddy?' tanya Isha di dlm hati kosong nye itu.
"Huhu, aku rindu mommy ngan daddy huhu" teresak-esak Ifa menjawapnya.
"Nape ni? Kalau mommy ngan daddy tahu kau nangis sebab dia orang mesti dia orang sedih" pujuk Isha.
"Nape dia orang pegi dulu dari aku. Patutnye aku je yang mati. Kalau aku tak main kat tepi jalan, takde nye dia orang mati." jawap Ifa dgn nada tak puas hatinya.
"Tak Ifa. Bukan salah kau. Mesti ada hikmah kenape Allah bagi ujian ni untuk kita. Be strong okayy?" Isha try untuk tenangkan hati Ifa. Ishh,budak kecik ni tiba-tiba je.
Isha turut sedih dengan kejadian 10 tahun lepas tapi disebabkn dia seorang kakak, dia kena kuat untuk Ifa.
"Kau nak Mel pujuk kau ke?" tu je cara untuk tenangkn Ifa yg keras kepala ni. Isha dah tak tahu nak tenangkan Ifa lagi.
"Takpe. Aku kuat" jawab Ifa yg 'acah kuat'.
Isha terus bangun dari katil untuk turun ke bawah.
"Isha, kau nak ke mana?" tanya Ifa.
"Amik air untuk kau la. Ha lepas ni tidur terus tau!" arah Isha.
"Okayy. Tapi kau jangan bagitahu Roses especially Mel tau." pinta Ifa dengan muka kesiannya. Mata sembap Ifa direnung seketika.
"Hm." Isha berlalu pergi meninggalkn Ifa seorang diri melayan perasaan.
"Mommy, daddy. Ifa rindu mommy ngan daddy. Nape mommy ngan daddy pergi cepat sangat."
'Good night mommy..daddy..'
Selepas menghabiskan air yang diberi Isha tadi, akhirnya Ifa tertidur.
tbc

ANDA SEDANG MEMBACA
Hot Stuff Enemy (C)
Ficção AdolescenteBlackRoses? Semuanya cucu Tan Sri Dennis Franz tetapi mereka tiada pertalian darah. Hanya disebabkan keluarga mereka mempunyai hubungan bussines, mereka menjadi cucu angkat Tan Sri Dennis Franz. Dapatkah mereka setia berlapan hingga ke akhirnya? Gad...