HSE6

3.8K 174 2
                                    

"Eyy mana dia orang ni? Dah 15 minit kot orang tunggu," ujar Mel hampir menjerit. Mana tak naik angin kalau masa tidur time weekend ni lah dia ajak lawan basketball.

"Entah dorang ni. Sembang kencang sampai babi pun boleh terbang !" sampuk Reen

"Kejap lagi aku sepak bola ni kena tepat kat muka dia orang, confirm puas," Eva membetulkan rambutnya yang ditiup dek angin pagi.

"Hai girls, dah lama sampai?" soal Draky tanpa rasa bersalah.

"Alamak kau ni! Dah lah lembap, lepas tu nak ajak orang lawan konon," hambur Mel tanpa berlapik lagi.

Angin pagi yang sepatutnya dirasakan nyaman menjadi panas. Merah muka Mel menahan geram.

"Mel, duduk sini dulu" Eris menghulurkan sebotol air mineral.

"Are you ready girls?" soal Emir sambil mengutip bola di tepi court.

"Kau nak tanya apa lagi? Start jelah."

"Entah. Dah lah lembap!" perli Ily pula.

"Okay ,before we start our game. Aku nak ingatkan, kalau korang kalah, korang tak boleh kacau port kita orang, korang tak boleh buat sekolah tu macam korang punya and korang tak boleh up dari kita orang," Ed mengangkat ibu jarinya tanda bersetuju.

"Hm, disebabkan korang ni batak sangat dengan popularity, kita orang setuju je lah," Mel turut menangkat ibu jarinya.

"Famous tak bawak mati pun"

"Okay, ambik tempat masing-masing," jerit Awish.

Bola dibam ke arah Esyad yang lebih dihadapan tapi sempat ditepis Ifa. Ifa terus membawa bola ke Isha. Isha apa lagi, terus masukkan bola dalam jaring.

"Yeayyy!"

"See, awal-awal lagi dah loser!" perli Mel.

Ed membawa bola dan diserahkan pada Wiz. Wiz dengan tangkasnya menyerahkan kepada Awish. Tapi awal-awal lagi Ily dah tepis dan menyerahkan ke arah Reen. Belum sempat Reen nak sambut, Draky terlebih dahulu dah tolak Reen.

"Oii, main kasar nampak," terjah Leen bengang.

"Reen, kau okay tak?"soal Eva sebaik melihat Reen jatuh terduduk.

"I'm okayy," Kepala terasa berdenyut. Dia cuba untuk bangun dan meneruskan perlawanan.Tetapi sekali lagi dia jatuh apabila bola yang dibaling Draky melantun ke kepalanya.

Reen jatuh ditengah-tengah court disebabkan lantunan yang kuat oleh Draky.

"Apa masalah korang ha?! Main kotor sampai cederakan orang pahal?" Tengking Leen.

"Korang dah lebih ahh. Kalau kau tak plan semua ni, benda tak kan jadi!" Mel melenting. Pipi Ed menjadi tempat persinggahan tangan Mel.

"Reen..Reen.." Sayup-sayup kedengaran suara Roses memanggil namanya. Tetapi dia tidak mampu membuka mata. Pandangannya gelap.

"Okay keep calm, kita kena bawak dia pergi hospital," ujar Qimie acah-acah hero. Dia ingin mengangkat Reen tetapi awal-awal lagi tangannya ditepis Eris.

"Cakap senang lah .Bukan member kau yang kena kan!" tebak Ifa.

"Chill lah, benda boleh settle," sampuk Arel.

"Can you all just go now!" Keadaan yang agak cemas kembali tenang sebaik mendengar jeritan Isha.

"Woi Emir, aku nak jumpa kau," panggil Isha. Matanya menjeling Emir yang seakan-akan tidak percaya.

"Aku nak jumpa kau lah pendek!" herdik Isha.

Ambik kau! Salah orang lah kau cari pasal.

"Mana kau dapat nombor Ifa?" soal Isha tanpa berdalih lagi.

"Haa? Mana aku tahu nombor dia. Aku tak ada pun nombor dia," tipu Emir.

"Aku tanya jawab betul-betul tak boleh ke kau terus terang je?" ujar Isha dengan nada marahnya. Ifa yang disebelah Isha dah genggam penumbuk.

"Ye,ye..aku yang mesej dia," Cepat-cepat Emir mengaku. See, loser lagi!

"Mana kau dapat?" soal Isha lagi. 'Kakak prihatin ni.'

"Aku tengok dekat senarai peribadi pelajar dekat bilik Tan Sri," jujur Emir.

"Suka hati acik kau je curikan? Tan Sri tahu tak?"soal Ifa pula.

Emir menggangguk. Serious ahhh!

"Lepas ni, aku nak kau delete number phone dia," arah Isha direct.

"Tapi, DK ada semua number phone Black Roses," Serious Emir jujur gila time tu.

"Eyy korang ni.." Tak sempat Isha nak sambung, Emir awal-awal dah lari naik kereta Awish. Yang Eva pula terjerit-jerit mengajak Isha dan Ifa ke hospital.

-----

"Tengku Aireen stabil, tetapi dia masih lemah. Jadi pihak kami putuskan untuk dia tinggal di sini untuk pemantauan," jelas Doktor Faidhi sambil tersenyum.

"Esok annual dinner tu?"soal Reen .Air matanya berkaca. Dah lah tak ada mummy dengan daddy sekarang .

"Reen, relax. Aku confirm esok sebelum dinner tu, kau dah keluar hospital," pujuk Mel. Memang dah jadi kerja Mel pujuk memujuk.

"Nak aku bagi tahu tok daddy?" soal Eva pula.

"No. Jangan bagi tahu sesiapa," jawab Reen lemah.

"Reen? Kau dah sedar?" soal Leen gembira.

"Wehh, panggil yang lain bagi tahu Reen dah sedar," arah Mel. Terus Roses menyerbu bilik private itu. Sekali dengan DK sekali ada dalam tu.

"Aireen, sorry. My bad!"pinta Draky. Reen menutup wajahnya dengan lengan.

"Reen, kau kenapa?" soal Ifa hairan dengan tingkah laku Reen.

"Korang pergi balik lah. Aku okay je," jawab Reen. Mukanya masih ditutup. Setelah memastikan DK dah keluar, baru dia mengalihkan tangan nya.

"Kau kenapa Reen?" Lagi sekali soalan itu keluar dari mulut Ily.

"Malu do! Dah lah rambut serabai, muka pucat!" luah Reen lalu tersengih. Terus mereka berlapan ketawa.

"Adoii, sakit-sakit pun risau muka barai," ujar Isha sambil ketawa.

"Yelah malu kot. Jatuh saham aku,"

"Dah, get rest. Kita orang balik dulu. Leen teman kau," ujar Mel. Bubur McDonald yang dipesan Leen dihulur.

"Bila aku boleh balik?"soal Reen. Anak mata biru laut Leen ditenung menunggu jawapan.

"Kalau kau kuat, esok dah boleh keluar," jawab Leen sambil menyuap bubur ke dalam mulut Reen.

"Aku kuat lah, sekarang pun boleh keluar kan?"soal Reen lagi. Saja nak bermanja dengan adiknya. Bukan selalu dapat layanan macam puteri raja macam ni.

"Kuat konon. Kang aku hempuk kepala tu berair lah tu matanya," perli Leen sambil ketawa menyakat.

"Aku bagi tahu mummy dengan daddy!" Reen menjelirkan lidahnya.

"Yelah tu. Aku nak bagi tahu tok daddy kau kat sini pun kau tak kasi," sekali lagi Leen memerli Reen.

"Alah nak merajuk ahh," Reen menutup mulutnya tidak mahu menerima suapan dari Leen.

"Okay, fine! Lepas ni lapar, makan makanan hospital. Sedapp sangatt,"

"Ehh, cepat lah suap," Cepat-cepat tangan Leen ditarik. Dia bau hospital pun dah nak muntah, ni kena makan makanan hospital. Mati lah nakkk.

tbc

Hot Stuff Enemy (C)Where stories live. Discover now