HSE24

2.4K 131 4
                                    

"Aku kira sampai tiga sape yang tak sampai sini lagi, aku suruh dia push up," kata abang fasi tu.

"1"

"Haha lawak siot dorang lari," ketawa Mel tengok semua pelajar GI lari ke tempat berkumpul.

"2"

"Weh jap, mane beluts?" tanya Reen.

"Eh yedo," kata Leen gelisah.

"3"

"Dorang takde lagi do!" kata Ifa.

"Aduh macam mane ni" keluh Ily. Dorang dah gelisah je.

"Malam ni kite nak buat aktiviti night walk,"

"Kak! Amanda and the geng takde lagi," jerit Isha lalu angkat tangan.

"Ha? Cube cari kat khemah dorang," cuak akak fasi tu lalu mengarahkan budak perempuan yang berhampiran dengan dia.

"Takde pun dorang," kata budak perempuan tu.

"Haduh menyusahkan betulla," rungut Mel.

"Okay semua tenang, biar kitorang cari dorang," ujar abang fasi

"Memang lembab la kalau kau je yang cari, baik cari same-same," bantah Emir.

"Okay aku nak korang cari ikut group okee, pastu gabung. Satu group laki dengan perempuan gabung. So, ade 8 orang." arah akak fasi tu.

"Ikut fiance masing-masing," bisik Mel dekat Eva.

"Huh cari aku jugak en kau," kata Arel.

"Group kamu berdua masuk dalam hutan," arah abang fasi tu.

"Pastikan ikut anak panah,"

"Aku takut," rayu Mel. Dia takut gelap.

"Haha gengster-gengster kau ni pun takut gelap en," gelak Ed.

"Diam argh kau," marah Mel lalu memaut lengan Ed kuat.

"Kalau kau nak tahu, aku suke kau pegang tangan aku macam ni" bisik Ed gatal.Yela taknak bagi sape-sape dengar.

"Bapak sangap siak muke," jeling Mel. Nak taknak kene pegang jugak tangan Ed tu disebabkan dia takut gelap.

"Weh Mel, kau okay tak?"soal Isha yang berada di belakang dengan Awish.

"Kalau ade Ed kat situ, tak ada lah aku risau sangat dengan kakak aku sorang tu," kata Eris pula.

"Goodluck Ed!" sakat Awish. Sengaja nak takutkan Mel.

"Eh babi kau jangan cari nahas!" keluh Mel lalu menumbuk lengan Ed.

"Aku pulak kena?Dia yang cakap kan" Ed buat muka simpati plus tahan sakit kena tumbuk.

"Ah dua-dua same je," ujar Mel.

"Weh Reen dengan Leen mana?" jerit Qimie dan Esyad serentak.

"Ha?Dia orang takde ke?" gelabah Mel.

"Weh kau pahal tak jaga dia orang elok-elok," Isha pulak sambung.

"Korang ni tak boleh harap ah,"Ifa turut berhenti apabila melihat Mel,Eris dan Isha berhenti.

Terus tercetus gelak tawa Qimie dan Esyad. Sekali dengan gelak Reen dengan Leen. Aduh tak boleh pakai betul dia orang ni.

"Weh ni serious!" tegas Draky tiba-tiba. Roses dan DK diarahkan berkumpul satu tempat.

"Jap mana Ily!" soal Mel.

"Yedo! Mane Ily?!" Eris dah cuak.

"Weh ni tak lawak," Leen memeluk Reen kuat. Dah lah tengah gelap-gelap macam ni.

Hot Stuff Enemy (C)Where stories live. Discover now