BAB 5

2K 64 0
                                    

'I love you and you're mine'


HAIL yang baru turun dari bilik datang menghampiri Encik Malik yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Puan Salina pula sibuk membuat kerja di dapur. Hail duduk di sebelah papanya.

"Papa, Hail ada benda nak tanya ni ?"

"Tanya je lah," jawab Encik Malik. Matanya masih tertumpu pada televisyen.

"Papa ada buat interview ambil pekerja baru ke sebelum Hail ganti tempat papa ?"

Encik Malik menganggukkan kepalanya kemudian dia menoleh ke arah Hail.

"Kenapa kamu tanya ?"

Hail meraup rambutnya ke belakang,dia menyandarkan badan pada sofa. Anak matanya memandang televisyen yang terpasang kuat.

"Takda apa. Hari tu adalah Hail saja semak fail-fail yang papa tinggalkan. Lepas tu Hail ada terbuka satu fail yang ada 5 design yang papa simpan. Papa tau kan Encik Muhaimin dah letak jawatan so Hail nak cari pengganti dia. Projek yang dekat Singapura baru 20% siap, susahlah takda dia. Semua design tu orang yang interview ke yang hantar ?"

"Haah, papa ambil 10 orang. Dari 10 tu papa ambil 5 yang terbaik. Tu semua design diorang sendiri. Tapi ada satu design yang menarik perhatian papa, dia punya kertas kerja kemas and smooth papa suka. Tak silap papa Imani design rasanya, papa memang nak ambil dia kerja tapi sayang papa terlambat. Ada company lain yang offer dia dulu, memang perfect la design dia buat. Sebab tak dapat dia papa ambil yang lain." Terang Encik Malik.

Memang rugi, kalau dia cepat pasti banyak projek besar yang Mentari Holding's akan perolehi.

Hail mengangguk faham, dia pun sama tertarik dengan design Sara. Setiap lukisannya penuh dengan ketelitian dan kekemasan. Siapa yang melihat pasti akan berpuas hati.

Puan Salina dari dapur datang kepada 2 beranak yang sibuk bersembang.

"Haa Hail, alang kamu ada dekat sini mama nak tanya kamu dah bagitau pada Shamir ke yang Sabtu ni mama dengan papa nak datang ke rumah dia ?"

Hail mengangguk pantas. Bukan setakat Shamir je tuan badannya sekali Hail bagitau minggu lepas.

Mama dan papanya agak terkejut dengan tindakan Hail. Hail sendiri yang mahu berkahwin dengan Sara. Dia mahu memperisterikan gadis itu sejak pertama kali mereka bertemu. Dia suka melihat wajah mulus dan jelita gadis itu.

Setiap kali dia mendekati Sara, jantungnya pasti akan berdegup kencang. Bau wangian perfume Sara sudah cukup menggoncangkan imannya.

Apa-apa yang berkenaan dengan Sara, Hail berasa teruja untuk ambil tahu. Hail rasa dia harus ambil tahu tentang gadis itu.

"Erm okay lah, Hail naik tidur dulu." Pinta Hail kepada kedua orang tuanya.

Tiba di bilik, Hail pergi ke arah meja cerminnya. Hail membuka laci dan sebuah kotak kecil berwarna hitam diambil.

Hail membuka kotak itu. Ada sebentuk cincin permata yang cantik di dalamnya. Hail mengeluh apabila melihat cincin permata itu.

Kepala Hail mula teringat kembali kejadian 2 tahun yang lepas. Kejadian dia dan bekas tunangnya, Najwa Aliya.

Hail tiba agak awal sedikit di Starbucks berbanding Najwa. Banyak mata-mata yang memandangnya. Hail mula rasa tidak selesa duduk situ.

Hish ! Mana minah ni ? Lambat betul, ingat aku ni penunggu gua ke nak tunggu dia lama-lama gerutu hati Hail.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now