'I love you and you're mine'
KALAU dah janji mestilah kena ditunaikan, Hail dan Razman keluar jalan-jalan pusing satu Langkawi. Bila kerja dah selesai apa lagi pergi berjalanlah habiskan duit betul tak.Mereka pergi melawat ke semua tempat yang sering dikunjungi orang ramai. Pergi tempat yang famous gitew haa barulah hipster. Sepanjang hari mereka keluar berjalan, Hail menjadi photographer sambilan Razman. Hail lah tukang tangkap gambar si malaun tu. Nak buat macam mana orang singel kan.
Bila sudah penat berjalan mereka meneruskan lagi ke destinasi yang terakhir. Ke mana lagi pergi isi perutlah, Hail dan Razman singgah makan di restoran sebelum pulang ke hotel.
Mereka berdua menikmati makanan yang dipesan. Hari ni ramai pula orang yang datang makan di restoran itu. Nasib baik ada meja kosong kalau tidak mereka berdua terpaksa cari kedai makan yang lain.
"Hai handsome," tegur seseorang.
Riak wajah Hail berubah. Terus hilang selera makannya tiba-tiba apabila ada tetamu yang tidak diundang ada di sini. Tetamu itu mengambil tempat duduk di sebelahnya. Razman tidak sempat memasukkan sudu yang ada nasi ke dalam mulut, dia macam beku seketika. Razman pun turut terkejut dengan kehadiran tetamu itu.
"Hey Najwa ! You buat apa dekat sini ?" tegur Razman apabila situasi di situ mulai sepi.
"Hey ! But do I know you ?" balas Najwa.
"Hahahaha I Razman. You memang tak kenal I tapi I kenal you."
Keadaan di situ terasa janggal sekali. Hail hanya senyap, tangannya sibuk menguis pasta yang ada di dalam pinggan. Kenapa perempuan ni ada dekat sini ?!
"You guys buat apa dekat sini ? Tak sangka kita boleh berjumpa," ujar Najwa. Matanya melirik memandang Hail, Ya Allah gatalnya perempuan ni.
Razman mati akal. Dia pandang Hail, lelaki itu langsung tidak membantunya. Si Najwa ni pula duk pandang-pandang Hail tak berkelip, aku tampar satgi. Eh dia tu dah ada binilah ! Getus hati Razman.
"Err ki-kitorang ada kerja dekat sini kan Hail kan. You pula buat apa dekat sini," jawab Razman. Dia menyiku Hail supaya lelaki itu buat sesuatu.
"Ouh I holiday dekat sini. I nak release tension tapi tak sangka pula boleh jumpa dengan handsome I ni."
Nak termuntah Razman dibuatnya. Handsome I hotak dia, eii geli pula telinga Razman. Dia menyiku Hail sekali lagi, sebelum dia muntah dekat sini lebih baik mereka berdua beredar dengan segera.
"So Hail, berapa lama you dekat Langkawi ni. Kalau lama you boleh temankan I bercuti dekat sini. Nak tak ?" ujar Najwa dengan nada suara yang gatal.
"Razman kau dah habis makan belum ? Kalau dah jom kita balik hotel."
Akhirnya Hail bersuara. Razman menganggukkan kepalanya laju, lama dia tunggu untuk Hail bertindak. Tak sanggup dia duduk lama dengan perempuan gatal tak sedar diri tu di sini.
Hail dan Razman bangun serentak. Mereka baru berura-ura mahu beredar pergi namun Najwa sempat memegang lengan Hail.
"Hail you nak pergi mana ? Duduklah sini dulu temankan I makan. Biarlah kawan you tu balik sorang," halang Najwa.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...