'I love you and you're mine'
DEBARAN makin terasa. Kini kandungan Sara sudah mencecah usia 9 bulan. Doktor telah beri tarikh lahir Hail junior. Sara rasa excited dan tidak sabar tapi pada masa yang sama dia takut sebenarnya.Banyak info Sara cari di internet. Dia juga selalu telefon Puan Latifah dan ibu mertuanya menanyakan tentang persiapan menghadapi kelahiran. Apa yang dia kena bawa ke hospital, barang apa yang perlu disediakan dan bermacam lagi.
Naik pening kedua wanita itu melayan semua soalan Sara. Soalan yang selalu Sara tanya, beranak tu sakit ke tidak. Susah tak masa nak keluarkan baby, aduh pening !
Hail mengezip beg bagasinya. Sesekali matanya memandang Sara yang sedang sibuk dengan telefon. Hail jebik, mesti tengah baca page Pa & Ma decit hatinya.
"Sayang baca apa lagi tu," tegur Hail. Dia merangkak naik ke katil.
"Ara baca page yang Zura share. Page pasal petua mudah untuk bersalin," balas Sara.
Hail tepuk dahi, dah agak dah. Hail hanya memandang Sara. Tak tahu nak bagi respon apa. Hail melentokkan kepalanya di bahu Sara, dia pun tumpang baca sekali.
"Abang dah siap kemas baju ?" soal Sara. Tangannya naik memegang pipi Hail.
"Dah. Ara lah sibuk dengan telefon. Kesian abang kena kemas baju sorang-sorang."
Sara tersenyum kecil. Alamak merajuk pula suami kita ni. Sara menutup telefonnya dan diletak di tepi.
"Alololo abang ni, janganlah merajuk. Ara nak tolong kan tadi tapi abang juga yang tak bagi," Sara memegang kedua belah pipi Hail. Ditatap wajah kacak suaminya itu dan dikucup sekilas bibir Hail.
"Nasib baik pandai pujuk kalau tak abang merajuk dengan Ara setahun. Tapi Ara nak risau apa, Ara punya due date kan lagi 2 minggu so rileks arr."
"Okay fine. Ni abang outstation ke Langkawi ni berapa lama ?" soal Sara.
"Hmm 5 hari."
"5 hari ?! Lamanya abang. Abang pergi outstation ke pergi bercuti," balas Sara. Terkejut dia apabila Hail kena ke Langkawi selama 5 hari.
"Itulah masalahnya. Kalau ikutkan hati abang, abang tak nak pergi. Tapi dah itu kerja abang nak tak nak abang kena pergi juga. Huwaaa abang tak nak tinggal sayang sorang dekat rumah !"
Hail menyembam mukanya pada bantal. Dia menjerit pada bantal itu tanda protes. Ye Hail ada outstation, dia kena ke Langkawi. Memang Langkawi tu tak jauh mana tapi Sara dah sarat. Bila-bila masa je bayi boleh lahir. Macam-macam perkara boleh berlaku. Doktor jangka baby lahir lagi 2 minggu tapi kalau baby nak keluar awal haa pishang.
Sara hanya tersenyum. Belakang kepala Hail diusap lembut. Alahai suami kita ni, mengada !
Hail mengangkat kepala dan dia memandang Sara dengan satu senyuman nakal. Dahi Sara berkerut seribu, dah kenapa pula suami aku ni.
"Sayang..."
"Ye abang. Abang nak apa ?"
"Abang nak habuan," ucap Hail.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...