BAB 41

1.9K 38 4
                                    

'I love you and you're mine'


TEMPOH berpantang Sara selama 44 hari sudah pun tamat. Sebenarnya dia boleh je lanjutkan sehingga 100 hari tapi macam lama sangat pula. 44 hari tu pun dah cukup untuk pulihkan kesihatan tubuh dan kesihatan dalamannya semula selepas melahirkan anak. Hari ini Sara akan pulang ke rumahnya semula.

Semua barang-barang Haiyan dan juga dirinya sudah diangkut sehari sebelum dia pulang ke rumahnya. Sara mengemaskan lilitan shawl yang dipakai. Sementara menunggu kehadiran Hail, Sara bersiap-siap dahulu. Haiyan pula sudah lengkap memakai baju berwarna kelabu bercorak beruang. Comel sahaja Haiyan apabila mengenakan pakaian itu.

"Ara ! Hail dah sampai ni," laung Puan Latifah dari bawah.

Sara mengangkat Haiyan perlahan. Dia menutup aircond dan kesemua suis yang ada sebelum keluar. Perlahan sahaja Sara menuruni anak tangga hingga ke ruang tamu.

Mata Sara dan Hail bertemu buat seketika. Sara cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain. Hail hanya mengulum senyum.

"Kalau takda apa-apa kami minta diri dululah," pinta Hail.

Sara mendekati Puan Latifah. Dia memeluk tubuh ibunya erat. Tangan Puan Latifah dikucup penuh kasih.

"Ibu, terima kasih sebab jaga Ara sepanjang Ara berpantang dekat sini," ujar Hail.

"Sama-sama. Nanti jangan lupa nak datang rumah ibu lagi. Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu. Meh sini ibu nak cium cucu ibu ni."

Puan Latifah mencium kedua belah pipi Haiyan. Si kecil itu mengukir satu senyuman di bibirnya. Semua yang ada di situ cair melihat senyuman manis Haiyan. Dahlah ada lesung pipit, eii comel !

Sara dan Hail sama-sama berlalu keluar dari rumah dan pergi ke kereta. Sara sempat melambai kepada ibunya sebelum masuk ke dalam kereta. Kereta Hail meluncur laju keluar dari kawasan rumah keluarga mertuanya.

Beberapa minit kemudian Sara dan Hail tiba di rumah mereka. Hail mematikan enjin kereta sebaik sahaja sudah berada di garaj. Hail keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Sara.

Sara mengikuti langkah Hail menuju ke pintu utama rumahnya. Hail membuka pintu tersebut dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam. Mata Sara memerhati segenap ruang di dalam rumah itu, terubat juga rindunya.

"Jom kita naik atas," ajak Hail.

Mereka berdua menapak naik ke tingkat atas. Tiba di bilik, Sara meletakkan Haiyan yang nyenyak tidur di atas katil. Sara meletakkan dua biji bantal di kiri dan kanan Haiyan, bukan apa takut si kecil itu terjatuh atau apa-apa.

Hail membuka butang baju kemejanya. Disebabkan hari ni Sara pulang ke rumah mereka semula, Hail cepat-cepat menyiapkan kerjanya di pejabat. Dompet, telefon dan juga jam tangan diletakkan di atas meja solek. Tuala dicapai dan berlalu pergi ke bilik mandi.

"Hail," panggil Sara.

Langkah Hail terhenti. Dia menoleh memandang Sara, jantungnya berdegup kencang apabila Sara memanggil namanya.

"Ye ?"

"Err malam nanti a-awak nak makan apa ? Sa-saya nak masak," ujar Sara tersekat-sekat.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now