BAB 10

2.1K 57 1
                                    

'I love you and you're mine'


SETELAH tamat menghabiskan waktu cuti di kampung, Sara dan Hail pulang ke Kuala Lumpur dan mereka telah berpindah ke rumah baharu. Kini tiba masanya Sara mula bekerja di Mentari Holding's.

Sara meletakkan kereta Myvi berwarna kuning di tempat letak kereta. Nafas dihela perlahan, tika ini Sara betul-betul berdiri di hadapan pintu masuk bangunan Menteri Holding's yang berdiri megah.

Sekarang ini sebaik sahaja kakinya melangkah masuk segalanya bakal berubah. Tempat kerja baru, kawan kerja yang baru dan juga majikan baru iaitu suaminya sendiri.

Sara masuk ke dalam lif. Butang yang bertulis nombor 3 ditekan dan lif itu bergerak naik ke atas. Pintu lif terbuka apabila telah sampai di tingkat 3.

Sara mendekati seorang gadis yang sedang sibuk menyemak fail. Gadis itu tidak memakai tudung tetapi wajahnya nampak ayu di pandangan mata Sara, PA kepada Hail mungkin.

"Assalamualaikum, err tumpang tanya. Encik Hail ada ?" tanya Sara sopan.

Gadis itu mengangkat kepala lalu memandang Sara. Dia terus berdiri dan tersenyum lebar.

"Waalaikumsalam, ouh Puan Sara. Encik Hail ada, dia tengah tunggu Puan dalam bilik."

Puan ? Whatever, asalkan dia kenal aku sudah. Sara senyum kepada gadis itu. Wah, baik hati kau hari ni Ara nak senyum dekat orang.

"Mari saya bawa Puan ke bilik Encik Hail. Sebelum tu saya Erina, PA kepada Encik Hail," ucap Erina. Dia menghulurkan tangan kepada Sara.

Sara menyambut huluran itu. PA, amboi bukan main taste kau ye Hail ambil muka memang level baby face. Sara mengikuti Erina dari belakang, agak pedih mata Sara melihat skirt paras betis yang Erina pakai. Nasib baik bukan syarikat aku, kalau tidak siap berpurdah aku suruh pakai.

Sampai di bilik Hail, Erina meninggalkan Sara di situ. Dia kembali ke mejanya untuk menyambung kerja yang dibuat sebentar tadi.

PENGARAH SYARIKAT MENTARI HOLDING'S

MOHD HAIL NAZRI BIN MALIK

Nama yang tertera di pintu Sara baca. Dia kagum dengan pangkat dan kerjaya suaminya. Muda-muda dah ada syarikat sendiri, besar pulak tu.

Tok ! Tok !

"Masuk."

Sara masuk ke dalam bilik Hail. Terlihat lelaki itu sedang sibuk dengan kerja. Sara datang mendekati Hail.

Sara berdiri tegak, menanti Hail menegur atau memulakan bicara. Tangan Hail ligat menekan keyboard komputer dan jari telunjuknya bermain dengan tetikus. Anak mata Sara meneliti ruang di dalam bilik itu.

Beautiful, gabungan warna yang sesuai dengan dekorasi bilik tersebut. Senang kata kena dengan jiwa dan gaya Hail.

"Hey kenapa kau tak duduk. Please have a seat, urmm give me 5 minutes. Aku ada kerja sikit nak settle lepas tu aku bawa kau jumpa dengan architect team and staf yang lain," ucap Hail.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now