'I love you and you're mine'
JAM yang berbunyi di telefon menyentak tidur Sara. Tangannya panjang mencapai telefon di atas meja lampu dan dia mematikan bunyi jam tersebut. Sara memandang ke sebelah terlihat Hail sudah tiada di tempat tidur. Eh, dia dah pergi kerja ke ?Sara bangkit turun dari katil, dia menggeliat puas sebelum mengemas tempat tidurnya. Sara terpana seketika, dia teringat kejadian yang berlaku malam tadi. Rasa panas hati mula menerpa, hish sakit hati !
Sara mengatur langkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Sebelum masuk ke dalam bilik mandi, matanya menangkap sekeping sticky notes yang terlekat pada cermin meja solek.
Kita ada meeting hari ni sharp pukul 9, for your information aku tak suka orang yang lambat.
- H -
Sara merengus geram, sticky notes itu dimasukkan ke dalam laci. Eleh dia yang tak kejut aku lepas tu nak perli-perli desis Sara geram. Tanpa menunggu lama Sara terus masuk ke dalam bilik mandi untuk menyejukkan hati yang sedang panas membara.
****
KESEMUA staf sudah berada di dalam bilik mesyuarat. Mereka semua menunggu kehadiran Hail, pada masa yang sama sudah berbakul bakul makian Sara beri. Beria suruh datang awal la tak suka orang datang lambat la ceh itu semua hipokrit !
Bila marah dekat Hail, kata-kata yang Hail ucapkan malam tadi mula terngiang-ngiang dalam fikiran Sara. Siapa yang tak terasa hati dengan sikap Hail yang macam tu. Jadi selama ni Hail tak ikhlas la mengahwininya, kahwin pun sebab nak bersihkan nama keluarga.
Sara memejamkan mata dan menarik nafas panjang. Sara cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku kerana dia tidak mahu perkara itu akan merosakkan mood dan mengganggu waktu kerjanya pada hari ini.
Tidak lama kemudian kehadiran bos yang amat disayangi telah tiba. Keadaan bilik mesyuarat yang tadi riuh bertukar sepi, takut dengan Hail la tu. Bapak singa siapa yang tak gerun kalau dia mengamuk boleh runtuh satu syarikat.
"Semua dah ada di sini ?" mendatar sahaja suara Hail.
Semua pekerja diam membisu, Sara pula hanya memandang skrin komputer ribanya. Malas nak tengok muka Hail sebab hari-hari Sara melihat wajah lelaki itu di rumah.
Anak mata Hail tepat memandang isterinya. Dia pun tidak menyangka hal seperti itu akan berlaku. Hail turut rasa terkesan dengan tindakannya sendiri terhadap gadis itu.
"Okay, seperti yang awak semua sudah tahu kita akan laksanakan satu projek besar di Shah Alam, kita akan handle projek membina sebuah hotel bertaraf lima bintang di situ. Projek di Singapura tu memang masih dalam proses tapi sudah 60% siap, klien yang berada di sana akan pantau dan if ada perkara yang berlaku diorang akan terus inform pada syarikat," ucap Hail.
Semua pekerja mendengar dengan teliti. Mentari Holding's takkan pernah berpisah dengan projek besar. Ada je projek baru yang akan masuk, tiap-tiap tahun pasti ada sahaja projek baru yang membawa nilai jutaan ringgit.
"One more thing, kita akan bekerjasama dengan Metro Holdings untuk projek kita kali ini so today saya bawa wakilnya ke sini untuk bersuai kenal dengan awak semua. Erina, please call him for me," arah Hail.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...