BAB 9

1.8K 57 0
                                    

'I love you and you're mine'


SARA duduk di kepala katil sambil mata ralit membaca novel. Kadang-kadang serius lepas tu tersenyum sendiri. Sara mula angau dengan kisah alam percintaan dalam novel yang dibacanya.

Sara mengharapkan perkara sebegitu terjadi kepada dirinya dengan Hail. Sara masih keliru, apa perasaan dia terhadap Hail. Cinta atau sayangkah dia pada lelaki itu.

Sukar untuk Sara menerima orang lain dalam hidupnya setelah dikhianati oleh Azmi. Sara menangkap bunyi tapak kaki di lantai rumah kayu opah menuju ke arah biliknya. Itu pasti Hail.

Sara buat-buat seperti tidak ada apa yang berlaku. Apabila Hail melangkah masuk jantung Sara mula berdegup, apahal dengan jantung aku ni ? Jangan buat hal !

Hail memandang Sara dari ekor matanya, dia harus tahu siapa gerangan lelaki yang bersama isterinya di titi.

"Ara, siapa lelaki dengan kau dekat titi petang tadi ?" soal Hail berdiri sambil berpeluk tubuh di hadapan Sara.

Kening Sara berkerut, macam mana dia tau aku pergi titi. Macam mana pulak dia tau aku dengan Mior ? Ni mesti opah yang bagitau ni.

"Macam mana awak tau ? And kenapa awak tanya ?" balas Sara.

Bagus Hail bagus, kan dah kantoi kau intip dia pergi titi tadi. Hamun dirinya sendiri.

Hail cuba berlagak cool dan tenang di hadapan Sara. Mana boleh dia kalah dengan perempuan, dalam prinsip hidup Hail perempuan adalah musuh yang paling bahaya dalam suatu hubungan.

Kerana perempuan lelaki mudah goyah dengan mereka. Lelaki juga akan nampak lemah di hadapan mereka. Kerana perempuan lelaki akan mudah kecewa. Kuasa perempuan amat hebat di kalangan semua lelaki di dunia ini.

Dengan satu senyuman dan lirikan suara sekelip mata si teruna akan jatuh melutut untuk si dara. Sebab apa ? Kerana perempuan memang sudah ditakdirkan untuk menjadi pasangan hidup sang jejaka di luar sana.

"Takda apa, tapi sebagai suami aku rasa aku kena tahu siapa lelaki tu."

Hail bangga dengan pangkat 'suami' yang dipegang sekarang ini. Sara wajib mengikuti dan patuh akan telunjuknya.

"Mior, dia kawan kampung saya sejak saya masih kecil dan kami memang rapat. Dia juga ada buka kilang kerepek pisang dekat sini. Asal cemburu ke ?" ujar Sara.

Hail tersenyum sinis, cemburu ? OMG, what is she talking about ? Rasa nak gelak pun ada.

"Aku nak cemburu, buang masa ! Sudah tentu dia tak setaraf dengan aku," balas Hail bangga.

"Mana awak tau dia tak setaraf dengan awak ? Awak kenal dia ke ? Awak yakin dia cuma ada kilang kerepek pisang itu semata-mata."

Sara cukup pantang dengan orang yang suka membangga diri. Hail ingat dia sorang je hebat dekat dunia ni, orang yang tidak setaraf dengannya pasti akan dipandang rendah.

"I'm not stupid Ara. Kalau betul dia hebat mesti produk kerepek pisang dia tu dah sampai ke level antarabangsa bukan setakat pasaran dekat sini aje."

Dengan pengetahuan yang Hail ada dia membalas soalan Sara. Tapi di sudut hatinya dia agak terasa.

Sara menghela nafas, okay dia kalah. Terpaksa mengalah sebab dia tidak mahu memulakan sesi pergaduhan. Hail bukan boleh kalau orang lain lebih daripadanya.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now