'I love you and you're mine'
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN..."NAK makan nasi ayam je perlu ke sampai cari dekat mall. Pelik-pelik la abang ni," ucap Sara.
"Biarlah tapi sedapkan nasi ayam dekat kedai tu," Hail mengusap perutnya.
Mereka jalan berpegangan tangan. Hubungan Sara dan Hail makin akrab dan makin mesra.
Setiap hari Mentari Holding's akan dihurung semut dengan kehadiran mereka. Romantik tak bertempat asyik nak berkepit 24 jam.
"Ye sedap tapi kita boleh je makan dekat kedai area pejabat, ini sanggup datang sini."
Hail sengih. Di kedai makan tadi isterinya yang paling berselera. 2 kali Sara order nasi ayam tak cukup itu nasi ayam Hail juga Sara kebas. Sejak akhir-akhir ini Sara kuat makan.
Kadang Sara ada merungut tapi mulut tak berhenti juga mengunyah. Setiap masa Sara akan rasa lapar. Tak dapat makan nasi, Sara habiskan stok maggi di rumah. Mungkin perubahan hormon kut tu yang Sara sekarang kuat makan.
"Jom kita balik office dah pukul berapa ni karang lambat pulak," ujar Sara sambil matanya melihat kedai yang ada di situ.
"Rileks awal lagi kita jalan-jalan dululah cuci mata. Kita masuk lambat sikit pun takda masalah, abang bos berani diorang nak marah abang," ucap Hail.
Sara mengerling ke arah Hail. Elok sangatlah tu mentang-mentang dia bos, suka hati dialah nak buat apa pun.
"Mana boleh macam tu by the way Ara ada meeting dengan Encik Zaqif. Kalau kita lambat takut dia tunggu lama pulak dekat pejabat," pujuk Sara mengajak suaminya pulang.
"Abang dah call Zaqif tadi cakap Ara dengan abang. Dia ada hal dekat luar, nanti bila dia dah sampai office he will text you."
Sara hanya mengangguk. Hail terus menarik Sara masuk ke butik pakaian lelaki. Gadis itu hanya menuruti.
Lama di dalam butik pakaian itu akhirnya mereka berdua keluar. Bukan nak beli apa pun saja nak susahkan pekerja kedai tersebut, bila Sara mula membebel baru Hail berhenti buat masalah di situ.
"Abang ni saja je tau nak susahkan pekerja kedai tu. Kesian dia ulang-alik cari saiz baju abang tapi bukan abang nak beli pun," bebel Sara.
Hail buat-buat tidak dengar. Hari-hari nak membebel. Dekat rumah Hail rasa macam nak jahit mulut isterinya, tahu nak membebel je.
"Abang dengar tak ni !" bentak Sara. Lengan Hail dicubit.
"Aduh ! Ye abang dengar sayang tak nak la cubit-cubit ni sakit tau."
Padan muka !
Sara ketawa melihat Hail yang tidak henti mengusap lengan. Buatlah lagi jangan main-main dengan Sara Imani wokey.
"Sara.."
Bahu Sara dipegang oleh seseorang. Sara senyum melihat orang yang menegurnya.
"Mak cik !"
Tegur Sara dan tangan wanita tua itu diraih. Hail juga senyum kepada wanita itu.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...