BAB 20

1.7K 45 0
                                    

'I love you and you're mine'


"ARGHHH !!!"

Hail terjaga dari tidur apabila terdengar suara jeritan Sara dari bilik mandi. Dia duduk, rambutnya yang serabai dibiarkan. Hail meraup wajahnya beberapa kali. Kedua belah mata digosok perlahan.

"Sayang apa jerit pagi-pagi ni ?" laung Hail lemah.

Sara yang berada dalam bilik mandi terus keluar berlari terkedek-kedek ke arah suaminya. Sara berdiri di tepi katil, dia menayang sesuatu di hadapan Hail.

"Abang tengok benda ni, tengok cepat !" ucap Sara teruja.

Hail yang masih dalam keadaan mamai melihat benda yang dipegang Sara. Dia masih samar-samar, Hail menarik tangan Sara dan dihidu benda itu.

"Ish pengotornya abang ni ! Ara suruh abang tengok bukannya hidu, perangai abang tu elok-eloklah sikit !" marah Sara.

"Betullah apa abang buat ni kita kena hidu dulu benda tu," Hail hidu sekali lagi.

"Stop hidu geli tau tak. Abang ni tengoklah betul-betul," desak Sara. Disua lagi pregnancy test kepada Hail.

Hail memandang lama pregnancy test itu. Ada perkataan 'positif' yang tertera di situ. Dahi Hail berkerut.

"Positif ? Apa yang positif ?" soal Hail malas.

Sara terkedu, like seriously ? Ya Allah kenapa lembap sangat suami aku ni.

"Abang ! Ara tak main-main tau. Seriuslah sikit."

Hail pandang lagi pregnancy test itu. Apa yang positif ? Hail memandang wajah Sara pula. Gadis itu sudah tersenyum lebar.

"Fine abang give up. Okay explain apa benda yang positif tu," Hail mengalah.
Bebola mata Sara naik ke atas. Rasa macam nak bagi penampar je dekat Hail sekarang ni. Blur tak sudah !

"Dengar tau apa Ara nak bagitau abang ni."

Hail mengangguk perlahan. Tangan molek Sara mendarat di kedua belah pipinya.

"Abang akan jadi daddy ! Arghhh happy tak !" jerit Sara lagi. Kali ini lebih teruja.

Hail baru dapat menangkap apa yang sedang berlaku. Dia baru betul-betul sedar dari mamai. Hail tergamam.

"Ara preg-pregnant ?"

Sara mengangguk laju. Gadis itu sudah terkinja-kinja kerana terlalu gembira. Hail turun dari katil dan dia memeluk tubuh isterinya erat. Dahi Sara dicium berkali-kali.

"Isteri abang mengandung ! Ya Allah terima kasih," ucap Hail bersyukur.

Sara tersenyum bahagia. Air matanya gugur kerana terlalu gembira. Dia gembira melihat kegembiraan yang terserlah di wajah suaminya.

Hail melompat gembira, rambutnya diraup ke belakang. Tubuh Sara didakap lagi. Perasaan gembiranya ini tidak terhingga. Mahu saja dia umum pada satu alam semesta bahawa dia bakal menjadi seorang bapa.

"Kita kena bagitau ibu dengan ayah. Lepas tu kita kena bagitau dekat parents abang," ucap Sara.

Mereka berdua keluar dari bilik tidur untuk memberitahu khabar berita ini kepada yang lain.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now