BAB 15

2.1K 58 1
                                    

'I love you and you're mine'


KEPALA Sara menjengah ke dalam bilik. Ditoleh ke kiri dan kanan, Sara mencari kelibat suaminya. Aik hari ni Sabtu takkan Hail pergi kerja ? Tujuan Sara naik ke bilik untuk memanggil Hail turun bersarapan.

Hail yang baru keluar dari bilik mandi menghampiri Sara. Dia memeluk gadis itu dari belakang. Sara membatu, deruan nafas Hail menampar lembut kulit lehernya. Lelaki itu meletakkan dagu di atas bahunya. Pelukan semakin dieratkan.

"Kenapa cari aku, rindu ke ?" ucap Hail.

Sara diam membatu, degupan jantungnya laju seperti kereta lumba. Dia menggenggam tangannya kuat, Ya Allah kenapa Hail cringe semacam ni.

Hail senyum senget apabila Sara tidak memberi sebarang reaksi. Takut la tu desisnya. Hail sengaja meniup telinga kanan Sara lembut, dia mahu mengacau gadis itu.

Sara memejamkan matanya rapat, Hail please stop jangan buat saya tak keruan macam ni ! Hail berhenti meniup telinga Sara apabila isterinya mula tidak selesa.

"Terima kasih Ara sebab terima aku. Terima kasih sebab bagi aku peluang untuk sayang kau, aku janji aku akan beri kau kebahagiaan yang paling istimewa dalam dunia ni," ujar Hail.

Sara senyum nipis, kata-kata Hail menyentuh hatinya. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

"Sebelum aku terlupa, thanks for the best moment last night. Sentuhan dari kau cukup membuatkan aku terbuai..."

"Err awak...nanti turun bawah. Saya dah siapkan sarapan, ermm saya tunggu dekat meja makan," potong Sara. Pelukan Hail dileraikan, cepat-cepat dia keluar dari bilik itu.

Hail tersenyum nakal, dia tahu Sara malu dengannya. Hail bercekak pinggang, malu konon padahal dia yang 'ganas' malam tadi. Hail melangkah memasuki closet room untuk memakai baju. Kalau turun bertuala je nanti ada yang tak sarapan karang.

Muka Sara terasa bahang, dia malu ! Kepalanya teringat kembali malam romantisnya dengan Hail. Perwatakan Hail lain, sentuhan lembut dan belaian dari lelaki itu sememangnya membuatkan Sara hilang kawalan. Sara menepuk pipinya berkali-kali, astaghfirullahaladzim Ara tolong jangan ingat lagi !

Tapi dalam masa yang sama Sara bersyukur kerana dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.

'Alhamdulillah.'

****

SARA memandang Hail yang sedang enak menikmati sarapan pagi. Nasi goreng yang ada dalam pinggannya diusik sedikit sahaja.

"Kenapa kau pandang aku dari tadi makanlah," tegur Hail.

"Saja nak tengok awak."

"Eleh ye la tu, ke kau tak puas hati dengan aksi aku malam tadi. Aku dah bagi yang paling maksima, kalau kau nak second round sekarang pun boleh tak payah nak tunggu malam," ucap Hail selamba.

"Eii penampar nak ?" jeling Sara.

Hail ketawa, eleh baru usik sikit dah marah. Sara sambung menjamu sarapannya semula.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now