'I love you and you're mine'
SARA membuka mata. Seperti biasa jam di telefonnya berbunyi. Dia menutup telefon itu, dalam keadaan mata yang samar-samar Sara melihat susuk tubuh Hail di hadapan cermin. Lelaki itu lengkap berpakaian kemeja, tangannya membutang baju kemeja dari atas ke bawah.Sara bangun dari katil, dia menghampiri Hail yang sedang mengemaskan baju kemejanya.
"Awak tidur mana malam tadi," Sara menegur Hail.
"Bilik kerja, kenapa ?" jawab Hail dingin. Kali ini dia mengikat tali leher pula. Dia langsung tidak memandang Sara.
Sara diam, dia tahu lelaki itu marah padanya. Kalau marah sekalipun perlu ke sampai tidur bilik asing-asing.
"Pagi ni kita ada meeting, please don't be late. Kau tau kan aku tak suka orang yang lambat," ujar Hail.
Sara hanya mengangguk. Matanya memandang lantai, air mata mula bertakung. Ya Allah peritnya !
"Good."
Hail mencapai telefon, jam tangan dan dompet di atas meja solek. Dia memandang wajahnya sekilas di cermin kemudian dia terus melangkah keluar dari bilik.
Esakan Sara terlepas. Air matanya membasahi pipi. Hail tidak lagi mengacau Sara sebelum pergi kerja. Dia dah berubah, Hail betul-betul kecewa terhadap dirinya. Kenapa Hail layan aku macam ni. Kenapa dia suka buat hati aku menderita.
'Hail jangan seksa jiwa saya.'
****
DI pejabat, Sara duduk termenung dalam bilik. Dia sedih dengan layanan Hail padanya pagi tadi.
Tok ! Tok !
"Masuk," laung Sara lemah.
Azura melangkah masuk. Dia mendekati Sara. Secawan air diletakkan di atas meja gadis itu.
"Ara kau okay tak ?" soal Azura. Dia duduk di hadapan Sara.
Sara memandang wajah Azura sayu. Azura sajalah tempat dia mengadu sekarang ini. Mata Sara mula merah kerana mahu menangis.
"Hail kenapa Ara ? Dia macam takda mood je. Habis semua staf dia marah masa meeting tadi, mengamuk betul dia hari ni. Kau pun sama tak semangat je aku tengok. Korang ada masalah ke," ujar Azura.
"Zura ak-aku gaduh dengan Hail..." air mata Sara merembes keluar.
Azura pantas memeluk Sara. Dia mengusap kepala rakannya lembut. Azura cuba menenangkan Sara.
"Ya Allah apa nak jadi dengan korang berdua ni. Asyik nak bergaduh je, ni mesti dua-dua tak nak mengalah. Shh dah jangan menangis lagi," pujuk Azura. Air mata Sara diseka.
Sara memeluk Azura erat. Dia mahu menangis semahunya pada rakan karibnya itu. Hatinya sakit dengan tindakan Hail.
"Ermm maaf mengganggu. Puan Sara, Encik Hail mahu berjumpa dengan Puan sekarang," ucap Erina. Dia pelik, buka sahaja pintu tiba-tiba ada drama sedih waktu pagi.

YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romans[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...