BAB 6

1.9K 71 2
                                    

'I love you and you're mine'


"AKU terima nikahnya Sara Imani bt Zamri dengan mas kahwin sebanyak RM1000 ringgit tunai."

Tok kadi bertanya kepada para saksi yang berada di sebelah kiri dan di sebelah kanan.

"Sah."

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Sara sah bergelar seorang isteri. Tanpa membuang masa pengantin lelaki menghampiri dan dia melutut di hadapan Sara.

Seutas gelang emas dipakaikan di sebelah tangan kanan Sara. Hail memegang dagu Sara dan dia mendaratkan bibirnya di atas dahi gadis itu.

Flash kamera mula menyinari, ada juga yang bersorak gembira melihat adegan romantik pasangan suami isteri ini.

Sara memejamkan mata, wahai hati kau bukakan lah hatimu untuk aku menerima lelaki yang berada di hadapan ku ini.

Aku janji aku akan jaga kau. Aku takkan biarkan kau sakit hati atau menangis lagi. Aku akan ada sentiasa dengan kau dan akan hidup dengan kau sampai syurga bisik hati Hail.

Setelah selesai majlis pernikahan di sebelah pagi, kini majlis persandingan di sebelah tengah hari pula. Majlis itu diadakan di dewan hotel bertaraf 5 bintang yang terkenal di Kuala Lumpur.

Ramai tetamu yang hadir memeriahkan lagi hari bersejarah Hail dan Sara. Semua tetamu yang hadir terdiri daripada pekerja-pekerja syarikat, VVIP, klien-klien syarikat dan juga rakan-rakan karib. Tidak lupa juga pada para wartawan, mereka juga turut dijemput hadir.

Sara cantik mengenakan baju pengantin yang berwarna soft peach. Baju pengantin itu dihiasi lace dan bunga-bunga kecil. Terserlah kejelitaan Sara dengan coretan make up di wajahnya.

Hail pula segak memakai tuxedo hitam yang terletak elok pada tubuhnya. Hail tampak kacak hari ini sesiapa yang melihatnya pasti akan koma selama seminggu.

Sara mengatur langkah mendekati Hail yang siap sedia menunggunya. Hail terpaku seketika melihat kecantikan Sara. Jantungnya mula berdegup kencang.

Tangan molek milik Sara memaut lengan Hail, sejambak bunga mawar putih dan merah jambu dipegang erat. Sara menarik nafas panjang untuk menghilangkan rasa gelisah.

Hail dan Sara menuju di hadapan pintu masuk dewan. Rasa gemuruh mula melanda kedua mempelai itu.

"Are you ready ?"

Sara mengangguk perlahan, air liurnya ditelan. Senyuman diukir di bibir.

Apabila pintu dibuka, semua tetamu tertumpu kepada Hail dan Sara. Mereka kagum melihat kecantikan dan ketampanan pasangan raja sehari yang diraikan pada hari ini. Bak kata pepatah 'seperti cincin dengan permata', sama cantik dan sama padan.

Mereka diiringi oleh Azura dan Razman yang ditugaskan menjadi pengapit mereka hari ini. Flash kamera menyinari ruang di dalam dewan itu.

Azura dan Razman mengiringi pasangan pengantin hingga ke pelamin. Dekorasi pelamin Hail dan Sara indah sekali.

Puan Latifah menitiskan air matanya melihat Sara. Akhirnya Sara telah menemukan jodoh yang terbaik.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now