BAB 24

1.3K 43 0
                                    

'I love you and you're mine'


KLIK ! KLIK !

"ONE two three pose !"

Flashlight mula berkelip menangkap beberapa gambar. Ke sana dan ke mari jurugambar mencari angle yang cantik. Najwa bertungkus lumus membuat gaya di hadapan lensa kamera.

"Good Najwa ! Dongakkan sikit kepala you."

"Rileks Najwa, control your face."

"Be natural like you always do honey."

Jeffri memberi arahan. Dia melihat setiap keping gambar di dalam komputer. Sudah hampir sejam mereka shooting tapi kesemua gambar yang diambil tidak memuaskan.

Prestasi Najwa hari ni kurang baik. Najwa seorang yang serius dalam bekerja, setiap keping gambar yang ditangkap pasti kelihatan cantik dan bertenaga. Tapi kali ni semua gambarnya tidak kena di mata Jeffri.

Najwa mula rimas mendengar arahan Jeffri. Itu tak kena, ini tak kena. Dia dah cuba buat tapi still jadi. Sudah pelbagai posing Najwa gayakan tapi masih tidak diterima. Dia mula rasa panas dek cahaya lampu yang hanya tertumpu padanya.

"Jeff take five please," pinta Najwa. Tekaknya mula terasa haus.

"Okay. Guys stop ! We take a rest and you Najwa, I nak jumpa you in my office."

Najwa membalas dengan anggukkan. Jeffri terus melangkah pergi ke biliknya. Cepat-cepat Najwa duduk dan air mineral diteguk puas. Tekak haus, panas tambah pula kakinya lenguh kerana berdiri terlalu lama.

"Najwa, you kenapa hari ni ? Stamina you macam kurang best. Dari mula kita start shoot sampai sekarang Jeff still tak puas hati dengan gambar you. You ada masalah ke, kalau ada share dengan I," ucap Anne. Nama sebenar dia Anas tapi lembut. Muka jambu kalah perempuan, badan gempal sikit tapi dia baik je.

Tangan Anne ligat mengelap peluh yang ada di dahi Najwa. Dikipas gadis itu dengan kipas elektronik.

"I okay. Maybe mood Jeff tak okay kut hari ni tu yang muka dia ketat je tu."

"Memanglah muka dia ketat. You the best model dekat sini tau. Banyak agensi dekat luar sana berebut-rebut nak hire you jadi model diorang, tapi you sendiri yang rela hati datang ke sini. Eii class kau nyah !" ditolak lembut bahu Najwa.

Najwa hanya ketawa. Dia terhibur dengan gelagat Anne a.k.a Anas ni. Ada je benda dia nak buat.

"Eh I pergi jumpa Jeff dulu. Nanti bising pulak dia," pamit Najwa.

"Take care tau nyah. I akan ada di sini untuk bantu you. If si Jeff tu cuba buat sesuatu you jerit Anas eh no Anas tu mummy I je boleh panggil. You jerit Anne kuat-kuat okay ?" sempat lagi Anne memberi pesan.

Najwa hanya mampu geleng kepala. Tak larat nak gelak lagi. Dia terus pergi ke bilik Jeffri.

Diketuk perlahan pintu dari luar. Apabila dapat arahan untuk masuk, Najwa baru melangkah masuk ke dalam bilik itu. Najwa mendekati meja Jeffri.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now