BAB 25

1.4K 37 0
                                    

'I love you and you're mine'


AZMI memangga pintu rumah. Rumah kayu yang usang itu gelap tanpa sebarang cahaya. Kunci mangga disimpan rapi di dalam poket seluar. 4 bulan dia menghilangkan diri, dalam tempoh itu juga dia bersembunyi di rumah usang yang terletak jauh terpinggir dari orang ramai.

Azmi takut. Dia takut ditangkap polis disebabkan kes pembunuhan mak kandungnya, Puan Aini. Setiap hari dia dihuni rasa bersalah dan takut. Dia kecewa dengan dirinya sendiri, tiap masa Azmi akan menangis seorang diri. Azmi amat menyayangi Puan Aini tapi kerana tindakan bodohnya menyebabkan dia kehilangan orang yang paling dia sayangi.

Azmi memakai mask dan cap. Tubuhnya tersarung dengan pakaian serba hitam. Azmi harus menyembunyikan identitinya daripada diketahui orang yang berada di sekeliling.

Azmi hanya boleh keluar pada waktu malam sahaja untuk mencari bekalan makanan. Dia tidak boleh keluar di siang hari kerana waktu itu adalah waktu yang amat berbahaya baginya.

Dia berjalan kaki. Dengan penuh berhati-hati Azmi mengatur langkah pergi ke kedai makan untuk membeli makanan. Tertunduk-tunduk dia untuk menyembunyikan wajah. Janganlah ada orang yang dikenali ada di kedai makan itu.

Azmi mendekati Pak Mat. Dia mahu memesan makanan. Azmi memandang sekeliling, tiada seorang pun orang yang dia kenali di sini.

Mask ditarik ke bawah dagu.

"Pak Mat, bungkus macam biasa."

Pak Mat mengangguk faham. Dia sudah biasa mengambil pesanan dari Azmi. Kadang dia pelik juga kenapa Azmi suka benor pakai baju hitam bila datang ke kedainya. Tak panas ke ? Yang lagi pelik apabila lelaki itu memakai mask. Rasanya jerebu dah takda. Niat di hati nak tanya tapi rasa takut pulak.

Elok Azmi menunggu makanannya siap, bahunya ditepuk seseorang dari belakang. Azmi diam membatu. Aduh siapa pulak ni !

"Azmi."

Namanya disebut. Dia masih lagi diam tidak berkutik.

"Woi Azmi ! Ni akulah, Syukri." Apabila nama itu disebut Azmi terus memalingkan kepalanya ke belakang.

Azmi menarik nafas lega. Syukri pula memandangnya dari atas hingga ke bawah dengan hairan.

"Syuk ! Sorry aku ingat siapa tadi," tegur Azmi. Rasa seram pulak bila Syukri memandangnya lama.

"Kau menghilang ke mana Azmi ? 4 bulan aku dengan yang lain cari kau. Lepas arwah mak kau meninggal sampai sekarang tengah kecoh pasal kau. Kau pergi mana ? Cuba cerita kut-kut aku boleh tolong."

Azmi meneguk liur.

"Ma-mana ada aku ke mana. Aku ada dekat sini-sini je. Kau je kut yang tak nampak aku. Takda apalah, aku okay," dalih Azmi.

"Tapi aku dengar cerita kau lari dari rumah sebab polis tengah buru kau sekarang. Kau pahal doh ? Betul ke kau tolak mak kau dari tang-..."

"Shuuh ! Kau jangan cakap yang bukan-bukan. Aku tak bunuh mak aku sendiri !" potong Azmi. Dia mencerlung Syukri dengan tajam.

Membulat mata Syukri. Dia menjauhkan dirinya dari Azmi. Jadi betullah cerita yang dia dengar dari jiran di kawasan rumah Azmi.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now