BAB 8

1.9K 54 2
                                    

'I love you and you're mine'


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 2.

RAZMAN bersandar pada pintu kereta. Dia menunggu kehadiran dua pasangan suami isteri yang pulang dari Sabah pada hari ini. Sesekali matanya melirik melihat gadis-gadis jelita atau stewardess yang keluar dan masuk di situ.

Razman tersengih sendiri apabila ada sekumpulan pramugari dan salah seorang dari mereka senyum kepadanya. Hati Razman berbunga riang.

Razman terlihat Hail dan Sara yang menolak troli yang berisi beg bagasi mereka. Razman mendekati pasangan suami isteri itu.

"Hai Sara, macam mana bulan madu okay ?" tegurnya.

"Tanyalah bos awak tu. Kalau dia tak cari pasal kitorang still dekat Sabah lagi," jawab Sara kemudian dia terus masuk ke dalam kereta.

Mak oii garangnya, Razman tahu ni mesti Hail yang buat masalah ni. Hail ni memang suka cari pasal. Kalau boleh dengan budak kecik pun dia nak gaduh.

"Awal balik, bukan seminggu ke korang dekat sana."

Hail mendengus kecil, dia masih geram dengan Sara. Mana taknya dalam kapal terbang tadi pun diorang bergaduh, sebab tu masing-masing muka masam mencuka aje.

"Diamlah kau. Angkat beg ni masuk dalam bonet." Arah Hail geram.

Eh kita pulak yang kena marah, Razman pun mengangkat beg bagasi itu masuk ke dalam bonet kereta. Aku rasa pergi hari tu takda pulak beg bagai, ini balik ada pulak desis hatinya. Cepat-cepat Razman masuk ke dalam kereta kalau tidak meletup kereta ni nanti kalau Hail mengamuk.

Kereta berjenama Honda Civic Sedan LX meluncur laju keluar dari kawasan lapangan terbang. Tenang sahaja Razman memandu kereta, Hail yang berada di sebelah dipandang melalui ekor mata. Sara yang berada di belakang pula sibuk melihat ke arah luar.

Semasa dalam perjalanan Hail membisikkan sesuatu kepada Razman. Sara hanya melihat sahaja kelakuan dua orang lelaki itu. Razman mengangguk faham seraya tersenyum.

Beberapa minit kemudian mereka tiba di sebuah rumah batu yang besar. Hail dan Razman sama-sama keluar dari kereta. Sara pelik, nak ke mana diorang tu ?

Hail mengetuk cermin kereta, Sara membuka cermin itu dari dalam.

"Keluar, kau ingat kau permaisuri ke nak duduk dalam ni."

Sara menarik muka. Ish, menyampah ! Dia keluar dari kereta dan pergi menghampiri Hail dan Razman.

Sara terpana melihat rumah yang berada di hadapannya. Besar dan cantik ! Hail senyum melihat Sara.

"Rumah siapa ni awak ?" soal Sara.

"Rumah kita."

Sara memandang suaminya dan Razman silih berganti. Razman ketawa, pasti Sara terkejut dengan kejutan 'besar' yang Hail beri.

"Awak biar betul. Entah rumah orang kaya mana awak kata rumah kita," Sara masih tidak percaya.

"Come on lah Ara, pernah ke aku main-main. Aku dah lama beli rumah ni so hari ni aku nak tunjuk dekat kau. Kita pindah masuk sini next week tapi disebabkan hari ni kita dah balik dari honeymoon so esok kita pindah. Elok-elok nak bercuti seminggu sibuk nak balik." Perli Hail.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now