'I love you and you're mine'
"HAI handsome !"Sara cepat-cepat turun dari riba Hail dan lelaki itu turut bangun dari duduknya. Mereka berdua terkejut dengan kehadiran tetamu tersebut.
Sara dan tetamu itu berpandangan antara satu sama lain, terserlah riak terkejut di wajah mereka. Ini bukan ke ?
"Najwa, what are you doing here ?"
Sara menoleh kepada Hail, ini ke Najwa ?! Ini gadis yang langgar dia di mall tengah hari tadi ! Wajah Hail bertukar serius.
"Miss me ?"
Najwa Aliya melangkah ke arah Hail dan Sara. Dia tersenyum penuh menawan. Dari pakaian yang dikenakan oleh Najwa memang mengikut fesyen terkini.
"Rindu ? Perlu ke aku nak rindu dekat kau."
Terus berubah wajah Najwa. Sara sembunyi senyum, dia suami kita bukan awak tak malu !
Najwa cuba memaniskan muka, sikap dingin Hail masih tidak berubah. Sara yang berada di situ Najwa pandang penuh sinis. Apahal perempuan bawa bala tu ada di sini ?
Sara pun memandang Najwa dari atas ke bawah. Sakit matanya melihat pakaian gadis itu, Erina pun lagi sopan pakaiannya daripada Najwa.
"You tak surprise ke jumpa I. You tahu kan 2 tahun kita tak jumpa, I miss you so bad darling," ucap Najwa manja.
Hail senyum senget, nak termuntah dengar. Sara yang berada di sebelah sedang menahan geram, eh suka suki dia nak panggil Hail darling ! Hello isteri dia ada dekat sini okay.
"Ara can you leave us alone. Abang ada benda nak bincang dengan tetamu istimewa ni."
Sara tanpa membalas terus berlalu keluar. Najwa sempat menjeling kepadanya.
"So what brings you here Miss Najwa Aliya ?" soal Hail.
Najwa senyum. Dengan rasa tidak malu dia terus duduk. Matanya melihat keliling ruang bilik kerja Hail. Hail memerhati gadis itu dengan tajam, dia rasa tidak selesa apabila Najwa datang ke sini.
"I datang nak jumpa you la. Before that siapa perempuan yang baru keluar tadi, korang ada apa-apa ke ? Mesra semacam I tengok," ujar Najwa. Kaca mata berwarna kuning diletakkan di atas meja.
"Perempuan yang keluar tadi tu wife aku. Her name is Sara Imani bt Zamri."
"Is that your wife ? Wow ! Seriuslah taste you perempuan bertudung macam tu," ucap Najwa jelek.
"Yup. Salah ke kalau dia pakai tudung, cantik apa sejuk aje mata aku memandang. Sekarang ni kau nak kata kau hot sangatlah sampai kau nak pandang rendah dekat bini aku."
Hail tidak suka dengan sikap sombong yang ada pada Najwa Aliya. Dia akan sering membanding orang mengikut taraf masing-masing.
"Hahahahaha...you ni kelakar la Hail. Of course la wife you tu tak setanding dengan I," Najwa membangga diri.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
عاطفية[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...