'I love you and you're mine'
"AZMI ! Bangun Azmi !"Pintu diketuk berkali-kali. Apa nak jadi dengan anak jantan aku ni ? Lumrah seorang ibu, walau anak tu buruk macam mana pun dia tetap sayang.
"Azmi ! Bangunlah, kau jangan sampai mak kopak pintu bilik kau ni. Azmi !" jerit wanita tua itu kuat.
Tidur Azmi terganggu dek suara nyaring dari luar pintu. Apa orang tua ni nak ? Kacau betullah ! Azmi lambat-lambat mengatur langkah ke pintu kerana kepalanya pening. Pintu bilik dibuka dan terpampang wajah Puan Aini yang merah padam.
"Mak nak apa pagi-pagi ni ? Bising tau tak, orang nak tidur pun tak senang," amboi sedapnya bahasa. Azmi menggosok mata kanan yang terasa gatal.
"Banyaklah kau pagi, dah terpacak matahari atas kepala tak reti nak bangun. Kau tak kerja ke ? Mak tengok kamu asyik duduk rumah je. Tau-tau makan lepas tu tidur, kau ingat free ke semua makanan dalam rumah ni. Patutnya kamu tu yang bagi mak duit belanja makan tiap-tiap bulan ini aku pulak yang bagi makan dekat kau," bebel Puan Aini.
"Bukannya tak nak kerja tapi orang dah kena buang," selamba sahaja Azmi menjawab.
"Hah kamu kena buang ? Masyaallah apa nak jadi dengan kamu ni Azmi," Puan Aini mengurut dadanya, Ya Allah luluh semangat.
Azmi mengangkat kedua belah bahunya. Mana tak kena buang kalau dah hari-hari ponteng kerja lepas tu suka buat hal dekat tempat kerja. Nak kerja senang je tapi malas !
"Mak takda nak bebel lagikan, dah orang nak sambung tidur," Azmi berura-ura mahu menutup pintu bilik namun dihalang oleh Puan Aini.
"Eh eh banyak cantik muka kau. Ada lagi mak nak cakap. Kamu dengan Fatin bila nak langsungnya, dah lama kamu bertunang dengan dia. Mak Fatin dah bising tanya pasal benda ni, mak tak tahu nak bagi alasan apa lagi. Sekarang ni kamu dah tak kerja, takkan mak pulak nak sponser majlis kamu. Lepas kahwin nanti apa kamu nak bagi makan dekat Fatin tu takkan kamu nak duduk sini. Mak terang-terang cakap mak tak mampu nak sara korang berdua," ujar Puan Aini panjang.
Dahi Azmi berkerut, alamak orang tua ni tak habis-habis Fatin, ish serabutlah.
"Nak kahwin apanya orang dah putus pun dengan dia. Fatin tu tak sesuai nak jadikan isteri," balas Azmi.
Membulat mata Puan Aini. Ya Allah rasa macam nak terkeluar jantung ! Puan Aini menarik nafas panjang sepanjangnya.
"Astaghfirullahaladzim, kenapa boleh jadi macam ni Azmi. Mak Fatin tahu ke tidak pasal ni ?"
"Entah. Kalau dah tahu takkan beria mak Fatin datang cari mak."
Puan Aini hanya mampu mengeluh. Anak dah la sorang, degil pulak tu. Ya Allah berilah petunjuk kepada anakku ini.
"Mak tak tau nak cakap apa. Kalau kamu tak menggatal dengan Fatin, hidup kamu dah senang lepas kamu kahwin dengan Sara."
"Ish mak tak payahlah nak sebut-sebut lagi nama Sara tu. Dia dah kahwin dah pun dengan lelaki yang lagi kaya daripada orang. Dahlah orang nak tidur balik," Azmi menutup pintu.
Puan Aini diam seribu bahasa. Dia teringat saat keluarga Sara memulangkan semula cincin pertunangan Sara dan Azmi.
Puan Aini menghidangkan air kepada orang tua Sara. Dia masih tertanya akan kehadiran mereka ke rumahnya. Takda angin takda ribut namun dari wajah mereka seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...