BAB 21

1.5K 42 0
                                    

'I love you and you're mine'


"A-ABANG..."

Sara masih mendekati Hail. Dia risau kenapa tiba-tiba lelaki itu menjerkahnya.

"Stop Ara ! Jangan dekat dengan abang. Bahaya ada kaca dekat situ," halang Hail.

Sara pandang ke bawah. Terdapat serpihan cawan kopi yang pecah. Serpihan kaca itu betul-betul berada di hujung kakinya.

Sara mengucap panjang. Ingat apa la tadi, luruh semangat. Hail menghulur tangan kepada isterinya.

"Come."

Huluran tangan disambut.

"Be careful," ucap Hail.

Hail menarik Sara dengan berhati-hati ke arahnya. Tika ini gadis itu sudah berada di sampingnya.

"Abang okay ? What happened, mana Azmi ?" soal Sara.

Hail melepaskan keluhan. Wajah Sara dipandang.

"Dia dah balik."

"Okay tapi kenapa abang jerit tadi. Azmi ada cakap benda bukan-bukan ke dekat abang ?"

Hail menggeleng perlahan.

"Kalau ada pun abang takkan percaya. Abang hanya percaya dekat Ara je," ujar Hail.

Sara lega. Azmi tu bukan boleh percaya, dia boleh hasut Hail dengan pelbagai cara dan itu perkara yang Sara takut. Takut Hail akan meninggalkannya.

"Ni macam mana boleh pecah cawan ni ?"

"Ouh Erina tadi tangan dia tak berapa kuat tu yang boleh terjatuh cawan kopi ke lantai. Gugup kut tengok wajah kacak Azmi. Tak ada apalah kejap lagi ada cleaner datang kemas."

Sara hanya diam. Dia mengiyakan sahaja kata-kata suaminya.

"Kalau macam tu Ara pergi sambung kerja dulu," pinta Sara.

"Pergilah jangan rindu abang."

Sara buat muka. Dia terus keluar dari bilik Hail. Lelaki itu hanya ketawa melihat reaksi Sara.

Riak Hail berubah apabila Sara sudah tiada di situ. Cawan yang pecah tu bukan Erina yang buat tapi Azmi. Apa yang berlaku hanya Hail saja yang tahu, biarlah dia saja yang mengetahui perangai buruk Syed Azmi.

Cara kolot yang Azmi gunakan memang mengundang marah kepada Hail. Mulai hari ini Hail akan lebih berhati-hati dengan Azmi. Hail tahu Azmi tidak akan berdiam diri selagi dia tak dapat apa yang dia nak.

'Takda siapa boleh sakiti Sara lagi.'

****

AZMI menumbuk stereng keretanya kasar. Dia marah, marah dengan kesombongan Hail terhadapnya. Leher baju yang dicengkam Hail tadi dibetulkan.

Cek yang bernilai RM 50 ribu dikoyak dan dironyok. Azmi menjerit melepaskan amarah. Hail seakan memandang rendah kepadanya.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now