'I love you and you're mine'
HAIL menutup pintu biliknya. Butang kot dibuka dan tali lehernya dilonggarkan. Langkah diatur perlahan menuju ke katil. Tiba di katil, Hail terus merebahkan badannya di situ.Baru hari kedua, tapi hari ini hari yang paling memenatkan baginya. Sehari suntuk, jadual Hail padat dengan mesyuarat. Bayangkanlah duduk di dalam bilik yang ada aircond berjam-jam, tak petak punggung dibuatnya. Sakit pinggang jangan cakaplah boleh menangis tak berlagu.
Masih ada baki 3 hari lagi Hail berada di Langkawi. Hail bertekad mahu selesaikan kerjanya cepat jadi dia boleh pulang awal ke Kuala Lumpur. Takda lah dia kena duduk lama-lama di sini, rasa rindunya pada Sara sudah tidak tertahan lagi.
Hail baru berura-ura mahu melelapkan mata tapi ada bunyi ketukan pada pintu biliknya. Ni kalau bukan housekeeping tak pun si malaun sorang tu.
Hail bangun dari katil, sengaja dia lambat-lambatkan langkahnya menuju ke pintu.
"Maznah ke tu ?"
"Ni akulah hanat, cepat buka pintu ni," balas Razman dari luar pintu.
Hail ketawa. Dah agak dah mesti Razman yang datang. Adalah benda dia nak tu desis hati Hail. Pintu bilik itu Hail buka, tersembul wajah Razman sambil tersenyum.
"Haa kau nak apa ?" soal Hail malas.
"Kau tak nak ajak aku masuk dalam ke. Aku ni tetamu tau, kau kena layan aku elok-elok."
Tanpa rasa segan Razman terus melangkah masuk ke dalam. Hail hanya mampu menahan sabarnya sahaja dengan perangai Razman yang tak semenggah tu.
Razman melompat naik ke atas katil Hail. Dia berguling ke kiri dan kanan, Hail pula hanya memerhatikannya sambil berpeluk tubuh. Ya Allah kau kuatkanlah iman aku ini.
"Kau nak apa ni syaitan. Kalau kau just nak guling-guling atas katil aku ni better kau keluar. Jangan sampai aku tendang kau jatuh dari katil, sakit kau nanti," ujar Hail serius.
Razman yang mendengar ugutan itu terus duduk dengan sopan. Cemberut sahaja wajahnya, eii asyik nak marah je datang bulan ke apa decit hatinya.
"Kau beria nak moody ni apahal ? Kau ingat aku ni takda hati dan perasaan ke," rajuk Razman. Dia terasa hati dengan Hail.
"Fine. Ada apa yang saya boleh bantu Encik Razman Firdaus ?" soal Hail.
"Haa macam tulah. Kan elok tanya elok-elok ini asyik nak marah je. Eh jom jalan-jalan, aku bosanlah asyik duduk dalam bilik je."
"Malas," jawab Hail pantas.
"Malas kau cakap. Wei bro, this is Langkawi ! Kita kena gunakan peluang yang ada ni untuk bersiar-siar dan cuci mata dekat sini, kau tak nak ke," ucap Razman teruja. Dia dapat membayangkan momen-momen indah keluar berjalan dengan Hail.
"Banyaklah kau. Kita datang sini sebab kerja bukannya nak bercuti. Aku penatlah, kalau kau nak pergi berjalan juga haa kau pergilah sorang-sorang jangan ajak aku. Aku nak rehat."
Razman jebik. Eleh mamat ni pukul satgi tau la. Ish nak keluar nak keluar ! Ronta hati Razman. Dalam hati je ye kalau cakap depan-depan nanti kang tak pasal-pasal masuk hospital pula.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...