'I love you and you're mine'
HAIL membuka matanya perlahan. Cahaya dari lampu syiling menusuk masuk ke matanya. Dia bangun, kepalanya terasa pening dan berdenyut. Hail pandang ke sebelah, matanya terbuka luas.Dia nampak, dia nampak Najwa sedang menangis teresak-esak di tepi katil. Gadis itu menangis sambil memeluk lutut, tubuhnya hanya dibalut dengan selimut. Najwa sudah tidak berbaju !
Hail menggosok matanya berkali-kali. Dia tengok Najwa, pahal perempuan tu tak pakai baju. Dia melihat tubuhnya pula, apahal tinggal boxer je ni ?!
Hail terus bangun dari katil. Dia berdiri tegak, nafas Hail mula sesak. Apa yang dah jadi ni ?
"Naj-Najwa, a-apa kau buat dekat sini ?" soal Hail.
Najwa terus menangis. Air matanya mengalir dengan laju membasahi pipinya.
"Jawablah gila !"
"You...you dah ti-tidur dengan I Hail. You dah rogol I !!!" balas Najwa.
Hail menggelengkan kepalanya berkali-kali. No no no, tak mungkin ! Tak mungkin dia sudah tidur dengan gadis itu. Kepalanya terasa makin sakit.
"Ka-kau jangan nak merepek ! Aku tak tidur dengan kau ! Ini semua perangkap kau kan !"
Tok ! Tok !
Ada orang mengetuk pintu biliknya. Hail mula panik, dia menyarung baju dan seluar yang bertaburan di atas lantai. Hail melangkah menuju ke pintu lalu dia membuka pintu itu.
"Assalamualaikum, kami dari pejabat agama. Kami dapat laporan bahawa di hotel ini ada pasangan lelaki dan perempuan yang tiada sebarang ikatan duduk sebilik. Boleh kami masuk ?"
Allahuakbar. Terasa seperti tiada makna lagi Hail hidup di dunia ini. Waktu seakan terhenti, terasa lemah lutut Hail tika ini. Ya Allah tolong aku ! Kenapa harus jadi begini.
"Si-silakan masuk," ujar Hail.
Empat orang lelaki dari pejabat agama itu terus masuk ke dalam bilik apabila mendapat kebenaran dari Hail. Apabila mereka masuk sahaja ke dalam, mereka seakan terkejut melihat keadaan yang berlaku.
"Astaghfirullahaladzim," ucap salah seorang wakil dari pejabat agama apabila melihat keadaan Najwa. Iman tergugat ke bang.
"Kamu berdua ni dah bernikah ?" soal wakil pejabat agama itu. Dia ni mesti ketua.
"Tak. Dia bukan isteri saya. Kami takda sebarang ikatan pun. Saya berani bersumpah yang saya tak sentuh dia, perempuan ni cuba untuk perangkap saya !"
"Hail apa you cakap ni ?! You kata I cuba nak perangkap you, you sendiri yang tidur dengan I takkan you tak sedar !!!" jerit Najwa.
Keempat-empat orang wakil dari pejabat agama itu terkejut apabila Hail dan Najwa mula bertekak.
"Bawa bersabar Encik dan Cik. Sekarang ni awak berdua ikut kami ke balai kita selesaikan masalah ni di sana. Cik pula sila pakai apa yang patut, kami tunggu cik di luar."
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...