'I love you and you're mine'
HAIL membuka pintu biliknya perlahan kemudian dia melangkah masuk sambil membawa dulang. Dia mendekati Sara yang sedang berehat di atas katil.Kejadian Azmi datang ke rumah beberapa hari yang lepas menyebabkan Sara kemurungan. Gadis itu hanya menghabiskan masanya di dalam bilik, dia takut untuk keluar.
Hail risau melihat keadaan Sara dan juga kandungan isterinya itu. Sara berubah menjadi pendiam. Dia tak mahu makan dan tidak mahu bergaul dengan orang.
Dulang diletakkan di atas meja di sebelah katil. Hail menempatkan punggungnya di katil. Sayu hatinya melihat wajah Sara yang tidak ceria seperti selalu. Gadis itu trauma dengan tindakan bodoh Azmi terhadap dirinya.
"Sayang jom makan. Ni abang ada bawa bubur ayam untuk sayang. Sayang sukakan bubur ni, meh abang suapkan. Abang tahu sayang mesti lapar," Hail mengambil bubur itu, sesudu penuh bubur dihulur kepada mulut Sara.
Sara menggelengkan kepalanya perlahan menandakan dia tidak mahu. Sejak dia trauma ni, Sara kurang berkomunikasi dengan Hail. Dia hanya membalas dengan anggukkan dan gelengan sahaja seperti orang yang bisu.
"Ara please..." keluh Hail.
Sara masih menggelengkan kepalanya. Dia memandang ke tempat lain. Hail melepaskan nafas berat, dia kena bersabar.
"Ara tolong jangan macam ni. Abang tahu Ara masih trauma tapi Ara tak boleh macam ni. Ara tak kesian ke dekat baby, Ara langsung tak nak makan lepas kejadian tu. Ara tak kesian dekat abang ke ? Abang tak sanggup tau tengok Ara asyik termenung lepas tu murung aje," ujar Hail panjang.
Sara hanya diam. Tiada satu balasan atau respon dari Sara. Mangkuk bubur diletakkan di meja semula. Hail mengeluh lagi tapi kali ini lagi berat.
"Fine. Abang nak call Azura suruh dia datang pujuk Ara," Hail bangun dari duduk dan terus berlalu keluar. Sara ditinggalkan sendiri.
Hail mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Nombor Azura dicari di dalam contact lists. Telefon diletakkan di telinga, dia menunggu panggilannya itu disambut oleh Azura.
"Hello Azura, I need your help."
****
HAIL menunggu kehadiran Azura. Dia menanti dengan sabar di ruang tamu. Hail sudah tidak ada cara untuk memujuk Sara makan.
Telinga Hail menangkap bunyi loceng dari luar. Dia menuju ke pintu rumah dan pintu itu dibuka. Terlihat Azura sudah terpacak di hadapan pintu dengan senyuman lebar di bibirnya.
"Sampai pun awak. Jemputlah masuk," ajak Hail.
Azura melangkah masuk apabila dipelawa oleh Hail. Dia dan Hail berjalan ke ruang tamu.
"Bos, Ara mana ?"
"Ouh Ara ada dekat atas. Awak pergilah tengok dia and please pujuk dia suruh makan. Dia tak nak makan langsung lepas kejadian tu," ujar Hail.
"Dia still murung lagi ke bos ?" soal Azura lagi.
"Haih, I don't know. Saya tak kisah kalau dia tak nak bercakap dengan saya tapi saya risaukan baby dalam perut dia tu. Awak tolong pujuk dia ye, saya dah mati akal nak pujuk dia makan," adu Hail.

YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romansa[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...