'I love you and you're mine'
HAIL bergegas menuju ke wad di mana Sara ditempatkan. Hail mendapat panggilan telefon daripada Puan Latifah semasa dia dalam perjalanan ke bakery ibu mertuanya untuk menjemput Sara.Khabar berita yang mengejutkan itu membuatkan hati Hail tidak tenang. Kepalanya kini hanya memikirkan tentang keadaan Sara dan juga anaknya.
Langkah dipercepatkan lagi menuju ke wad. Hail terus mendapatkan ibu mertuanya yang berdiri menunggu di luar bilik.
"Ibu."
Tangan ibu mertuanya diraih dan dikucup. Tampak riak kerisauan dari wajah Puan Latifah.
"Ara macam mana ibu ? Isteri Hail tak apa-apakan ibu ?" soal Hail bertubi.
"Ibu tak tau tapi Inshaallah Ara okay. Ibu kenal anak ibu. Ni kamu dah bagitau mama dengan papa pasal Ara ?" ujar Puan Latifah.
Hail pantas mengangguk. Selepas dapat panggilan dari Puan Latifah, Hail terus menghubungi orang tuanya pula untuk menyampaikan khabar tentang Sara.
Tidak lama kemudian, doktor yang merawat Sara keluar. Dia mendekati Hail dan Puan Latifah.
"Doktor, doktor isteri saya tak apa-apa kan ? Anak saya pun baik-baik je kan ?" soal Hail. Puan Latifah juga mahu mengetahui keadaan Sara dan cucunya.
"Don't worry, both of them are fine," balas doktor yang bernama Sheeren.
Hail dan Puan Latifah melepaskan nafas lega. Syukur Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.
"Ibu masuk dalam dulu," pamit Puan Latifah. Dia masuk ke dalam bilik wad untuk melihat Sara.
"Doktor, ermm boleh saya tahu isteri saya kenapa ? It is something bad happened to my wife ?" soal Hail ingin tahu.
"Ouh isteri Encik takda apa-apa. Dia cuma bleeding. Biasalah orang mengandung ni banyak komplikasinya. Salah satu punca berlakunya bleeding ni disebabkan Puan Sara mungkin stress ataupun tak dapat rehat yang mencukupi. Walaupun kandungan Puan Sara sudah 7 bulan tapi Encik kena sentiasa pantau sebab macam-macam perkara boleh berlaku dan ia juga boleh membahayakan Puan Sara and the baby," terang Doktor Shereen.
Terangguk-angguk kepala Hail mendengar penerangan dari Doktor Shereen tentang keadaan sebenar isterinya.
"Tapi boleh saya tahu, Puan Sara selalu buat kerja ke dekat rumah sampai dia tak cukup rehat ?"
Erk, alamak ! Hail meneguk liur apabila Doktor Shereen mengajukan soalan itu kepadanya.
"Err di-dia rehat dekat rumah. Saya memang tak bagi kalau dia nak buat kerja," bohong Hail. Dia mengusap lehernya perlahan sambil tersengih.
Macam mana tak cukup rehat, sehari suntuk Hail usung Sara ke sana ke mari teman dia pergi meeting. Memang letihlah dibuatnya si Sara tu.
"Ouh okay, ermm by the way congrats ! Encik bakal menimang cahaya mata tak lama lagi and it's a boy," ucap Doktor Shereen gembira.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...