'I love you and you're mine'
"MORNING mummy !""Morning."
Puan Maria menuangkan air teh tarik ke dalam cawan lalu diletakkan di hadapan Najwa. Dia mengambil tempat duduk dan mee goreng disuap ke dalam mulut.
Mulut Najwa sudah penuh dengan roti bakar. Sebelah tangan memegang cawan, sebelah tangannya lagi memegang roti bakar. Puan Maria hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Najwa. Senonoh betul anak dara ni makan.
"Wawa cuba makan elok-elok. Kamu tu anak dara elok sikit perangai tu," tegur Puan Maria.
Najwa tersengih sendiri. Tadi roti bakar, kini giliran mee goreng pula disuap ke dalam mulut. So yummy ! Masakan daripada air tangan ibu memang tiada tandingannya.
"Mummy, daddy mana ?" soal Najwa.
"Daddy dah pergi kerja."
"Daddy tak breakfast ke ? Selalunya dia kena makan dulu baru pergi kerja," teh tarik yang masih panas disisip perlahan.
"Tu la pasal. Daddy cakap tadi dia kena masuk office awal sebab hari ni dia ada meeting dengan klien dari Brunei. Alah apa nak risau dekat area office daddy tu kan ada banyak cafe, pandai dia lah nak cari makan sendiri," balas Puan Maria.
Najwa hanya menganggukkan kepalanya sahaja mengiyakan kata-kata Puan Maria. Mulutnya pula masih lagi mengunyah makanan.
"Kamu tak pergi kerja ke ?" soal Puan Maria kepada anak gadisnya.
"Kejap lagi Wawa pergilah."
Pergi kerjalah sangat. Sejak peristiwa dia dihalau Hail dekat Mentari Holding's tu Najwa terus berhenti kerja dari agensinya. Najwa malu dan tidak tahan kerana dia diejek oleh model-model di situ. Kes Najwa kena halau itu viral nyah ! Ada insan yang mulia rakam dan tularkan video itu di media sosial.
Selama ini Puan Maria sudah ditipu hidup-hidup oleh anak gadisnya sendiri kononnya si Najwa tu pergi kerja. Najwa akan keluar awal pagi untuk pergi ke pejabat Hail, dia masih mahu lelaki itu kembali kepadanya.
Setiap hari Najwa akan cari peluang untuk memecah masuk ke Mentari Holding's namun kawalan di situ semakin ketat. Najwa langsung takda tuah untuk bertemu dengan Hail. Dia mana ada nombor telefon lelaki itu dan yang paling menyakitkan hati, Hail block Najwa di semua sosial media. Memang sampai kiamat pun dia takkan dapat menghubungi lelaki itu. Eii geram betul !
"Mummy~" panggil Najwa meleret.
"Ye kamu nak apa ?"
"Ermm mummy ada nombor telefon Hail tak ?" soal Najwa. Matanya dikelip berkali-kali.
"Kenapa Wawa tanya ?" nada Puan Maria berubah.
Najwa teguk liur, aduh macam mana ni ? Najwa mula mencari-cari cara untuk mendapatkan nombor telefon Hail. Sel-sel otaknya pagi ini mula berfungsi.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...