BAB 18

1.6K 45 0
                                    

'I love you and you're mine'


SARA melipat dan menyusun baju Hail di dalam beg bagasi. Susunan baju disusun dengan kemas dan teliti. Hail akan outstation ke Singapura untuk memantau projek di sana. Ada beberapa urusan yang perlu diuruskan bersama klien di Singapura.

Hail membawa keluar beberapa helai baju lagi dari closet room kemudian baju-baju itu diberi kepada Sara untuk dilipat.

Hail melangkah masuk pula ke dalam bilik mandi, segala barang mandiannya dimasukkan ke dalam beg kecil lalu diberi kepada isterinya.

"Cukup dah, ada apa-apa lagi abang nak bawa ?"

Hail berdiri di hadapan Sara. Sebelum ni beg bagasinya tak muat kalau dia mahu membawa baju yang banyak. Tapi sejak ada isteri ni muat pula semua barang nak disumbat. Adakah ini dinamakan kuasa magik dari sang isteri ?

"Abang rasa dah cukup," ujar Hail.

Selesai mengemas, Sara mengezip beg bagasi itu dengan rapi. Hail mengangkat begnya dan diletak di tepi katil, esok pagi takda lupa atau tertinggal.

Hail naik ke atas katil. Dia duduk di sebelah Sara.

"Rindulah Ara nanti dekat abang, seminggu abang pergi outstation. Tinggal Ara sorang-sorang," ucap Sara dengan nada sedih.

Hail mengusap belakang kepala Sara. Manja, bukan lama pun kena tinggal.

Najwa Aliya sudah tidak muncul sejak beberapa hari yang lepas. Mungkin dia serik ataupun sedang menunggu masa untuk membuat onar sekali lagi. Harap-harap gadis itu takkan datang buat selamanya.

"It's just a week sayang. Habis je kerja abang terus balik sini. Tak nak abang duduk sana lama-lama."

Sara jebik. Tak seronoklah kena tinggal lama, seminggu tu rasa macam setahun. Kita mana boleh berjauhan dengan bapak singa kita ni.

"Ara baru ingat nak ajak abang balik rumah ibu. Tapi Ara lupa abang kena ke Singapura minggu ni."

"Alah lepas abang balik dari outstation kita balik rumah ibu okay ? Ara janganlah macam ni, abang ke sana sebab kerja bukannya suka-suka. Abang nak je bawa Ara sekali tapi Ara pun ada kerja dekat sini."

"Hmm ye lah," jawab Sara.

Sebenarnya takda apa pun saja nak berdrama. Saja nak manja-manja buat stok seminggu. Sara bukan kisah sangat pun dia tahu suaminya seorang yang kuat bekerja. Kalau jenis buaya darat memang kena ceramah cukup-cukup.

"Ara."

Sara memandang wajah Hail apabila lelaki itu memanggilnya.

"Sorry pasal Najwa. Abang tak jujur yang dia tu bekas tunang abang. Takda apa yang nak diceritakan pun pasal dia kitorang bertunang bukan sebab suka sama suka tapi sebab keluarga. Sorry tau," ujar Hail lembut.

Sara senyum. Tangan kekar Hail dicapai lalu digenggam erat.

"Takpa la abang. Ada benda kita boleh kongsi dan ada benda yang tak perlu kita ingat semula. Najwa tu kisah silam abang je, Ara okay. Ara percaya dekat abang so abang pun kena letak kepercayaan yang sama pada Ara jugak. Yang paling penting abang kena tahu, Ara sentiasa ada dalam hati abang and abang pun sentiasa ada dalam hati Ara."

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now