'I love you and you're mine'
SEPERTI yang telah dijanjikan Hail dan Sara pulang ke rumah Puan Latifah. Kali ini Hail memberi peluang untuk Sara memandu kereta kesayangannya.Sebelum mereka bertolak pulang, Hail sudah banyak memberi pesanan kepada Sara untuk membawa keretanya dengan cermat. Sepanjang perjalanan Hail tak henti membebel, Sara nak memandu pun tak senang.
Takut sangat kereta kesayangan dia tu jadi apa-apa. Sara apa lagi tekan je la minyak semahunya. Hail yang terjerit dekat sebelah tidak dihiraukan.
Mujur nyawanya masih panjang, mereka berdua tiba dengan selamat. Ini adalah kali pertama dan yang terakhir lepas ni Hail takkan beri Sara memandu keretanya lagi.
Hail dan Sara keluar dari kereta serentak. Hail geram dengan Sara, bawa kereta macam pelesit. Ikut suka dia je bawa laju macam tu.
"Apa ? Nak marahlah tu. Ada kurang satu jari, ada ke calar dekat mana-mana. Takut sangat bukan laju mana pun huh !" decit Sara.
Hail hanya menjeling. Sara meninggalkan lelaki itu. Dia menuju ke pintu rumah.
"Assalamualaikum, ibu !"
Tiada sahutan.
"Assalamualaikum !"
Pintu rumah terbuka. Encik Zamri keluar dari rumah.
"Ayah !"
Sara terus memeluk tubuh bapanya erat. Encik Zamri terkejut dengan suara nyaring anak gadisnya.
"Ayah, ayah sihat ? Ibu mana ibu ?" soal Sara bertalu.
Hail datang menghampiri dua beranak itu. Huluran tangan bapa mertuanya disambut sopan. Hail mencium tangan tua itu.
"Ayah sihat. Ibu pergi beli barang dapur sekejap, anak perempuan dia nak balik so ibu nak masak special la hari ni. Eh jom masuk dalam, sembang dekat luar ni buat apa. Jom Hail kita masuk," ujar Encik Zamri.
Encik Zamri mengajak Sara dan menantunya masuk ke dalam rumah. Sara menarik lengan Hail membawa lelaki itu masuk lalu mereka duduk di sofa.
"Kita duduk dulu. Kejap lagi ibu kamu baliklah. Ayah nak bancuh air ayah pun tak berapa nak pandai, karang kalau terlampau manis tak sedap pulak," ujar Encik Zamri.
"Tak payah susah-susah la ayah. Kalau kami haus pandailah kami cari sendiri. Apa susah ni anak ayah ni ada takkan nak bancuh air pun tak pandai," diusap bahu Sara perlahan.
Encik Zamri sembunyi senyum. Suka pula dia tengok keakraban Sara dan menantunya itu.
Sara membuat muka tak puas hati. Eh mengada pulak dia ni. Nak balas dendam la tu desisnya.
"Haa betul jugak, Ara anak yang ayah kasihi pergi buat air sekejap. Tak kesian ke dekat suami dengan ayahmu ini dilanda kehausan," usik Encik Zamri. Hail hanya ketawa.
Sara beralah. Sejak bila ayah dengan Hail kamceng ni ? Tak boleh jadi macam ni habis semua rahsia aku ayah cerita dekat dia nanti.
"Hmm nak air apa, sejuk ke panas ?"
"Tak kisah janji air tu boleh diminum," ucap Hail.
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...