'I love you and you're mine'
3 TAHUN KEMUDIAN...SARA mengemaskan pakaian Haiyan. Rambut hitam coklat itu Sara sikat dengan rapi. Hari ni merupakan majlis sambutan hari kelahiran Haiyan yang ke-3 tahun.
Alhamdulillah anak lelakinya itu membesar dengan sempurna dan Sara pula tengah mengandung anak yang kedua. Usia kandungannya sudah mencecah 8 bulan. Yeay Haiyan bakal dapat adik.
"Ibu, daddy mana ?" soal Haiyan dengan nada yang manja.
"Daddy ?"
"Haah. Mana daddy Haiyan. Dari tadi Haiyan tak nampak daddy pun."
"Daddy outstation sayang. Tapi Haiyan jangan risau daddy balik hari ni. Daddy call ibu kata yang daddy dah on the way," ujar Sara. Tangannya naik menarik hidung mancung Haiyan. Haiyan ketawa, geli hati dibuatnya.
Ye Hail pergi outstation ke Langkawi lagi. Haish semedang pergi oustation taulah ada projek besar baru masuk. Nasib baik Sara ni merupakan seorang isteri yang memahami kerja suaminya. Kalau jenis yang queen control habislah Hail, setiap masa kena update.
Haiyan membuat mulut 'o' tanda bahawa yang dia faham. Jari jemarinya ligat bermain manik yang ada pada selendang yang Sara pakai.
"Ooo tapi apa benda tu ?" soal Haiyan.
Sara terkedu. Macam mana dia terangkan kepada Haiyan. Anaknya itu bukan boleh selagi tak dapat jawapan selagi tu dia akan tanya sampai orang rasa rimas. Aduhai anak, kamu ikut perangai siapalah. Susah kalau anak dah terlebih bijak ni.
"Err nanti bila Haiyan dah besar, Haiyan akan tahu semua benda tu. Sekarang jom kita turun, ibu rasa kawan-kawan Haiyan dah tunggu kita dekat luar," balas Sara.
Majlis sambutan hari kelahiran Haiyan diadakan di halaman rumahnya. Majlis itu bertemakan hi tea tapi tiba-tiba bertukar jadi tema iron man pula. Iron man pun Iron man lah janji Haiyan suka.
"Yeay kita pergi potong kek ! Jom ibu kita turun, let's go !"
Haiyan menarik tangan Sara. Laju sahaja langkah Haiyan menuruni anak tangga.
"Haiyan be careful jatuh nanti," tegur Sara.
Anak kecil itu tersengih nakal menampakkan barisan giginya kemudian Haiyan terus berlari ke luar rumah. Sara hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja.
Lambat sahaja Sara mengatur langkah menuju ke halaman rumah. Biasalah orang dah sarat mengandung jalan tu memang lembap sikit macam kura-kura.
"Ara !"
"Zura !"
Mereka berdua berpelukan. Azura bakal menimang cahaya mata yang pertama. Kandungan Azura baru masuk 5 bulan. Tapi Azura punya excited jangan cakaplah sebab memang kecoh habis !
"Ya Allah rindunya aku dekat kau Ara," ucap Azura.
"Alah berianya. Aku rasa minggu lepas kita baru jumpa eii mengada !"
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...