'I love you and you're mine'
"KITA nak beli apa je ni sayang ?" soal Hail. Matanya fokus pada jalan raya.Sara mengeluarkan list barang-barang baby yang hendak dibeli pada hari ini. Kalau ikutkan hati, Sara malas nak keluar rumah tapi Hail asyik memaksa je ajak pergi beli barang baby. Nak tak nak Sara ikutkan aje lah kemahuan suaminya itu.
"Hmm kalau ikut list, banyak barang yang kena beli," jawab Sara.
"Okay kalau macam tu kita pergi IKEA dululah. Kita pergi beli baby crib, almari semua benda tu and after that baru kita pergi beli baby punya barang," cadang Hail.
"Up to you, Ara ikut je."
Hail meneruskan pemanduannya ke destinasi mereka yang pertama apabila Sara bersetuju dengan cadangan yang dia berikan.
Beberapa minit kemudian mereka berdua tiba di IKEA. Hail meletakkan keretanya di tempat letak kereta. Enjin kereta dimatikan, mereka berdua keluar dari kereta dan terus berjalan masuk ke dalam IKEA.
Hail berjalan sambil memeluk bahu Sara. Matanya meneliti barang-barang yang ada di situ. Sara pula sekejap tengok kiri sekejap tengok kanan sebab terlalu banyak barang keperluan untuk rumah dan sebagainya.
"Rambang mata Ara tengok semua barang dekat sini. Rasa macam nak beli semua," ujar Sara.
Hail hanya senyum. Mereka meneruskan perjalanan mencari barang yang tersenarai dalam list.
"Mana nak cari baby crib eh sayang ? Abang tak pernah datang sini. Mama selalulah shopping almari, rak pinggan dekat sini."
"Abang ingat Ara tahu," mata Sara melilau mencari pekerja di situ.
"Haa abang ! Jom kita tanya adik tu," jari Sara menunjuk arah pada seorang gadis yang sedang sibuk menyusun barang. Hail dan Sara terus mendekati gadis itu.
"Ermm adik," tegur Hail.
Terhenti seketika kerja yang dibuat apabila Hail menegurnya. Gadis tersebut memandang kedua pasangan suami isteri itu silih berganti.
"Ye ada apa saya boleh bantu ?" ucap gadis itu dengan senyuman.
"Selalu almari dengan baby crib dekat bahagian mana ye ? Saya tak biasa dengan tempat ni. Ni pun baru first time datang," balas Hail.
Mata gadis itu tertumpu pada Sara. Terpesona dia seketika melihat Sara, mengandung pun cantik.
"Abang dengan akak nak cari barang baby ke ?" Sara dan Hail mengangguk serentak.
"Sebelum tu akak dah berapa bulan ?" soal gadis itu kepada Sara.
"Alhamdulillah dah 7 bulan."
"Wah ni mesti first baby kan," ucap gadis itu lagi.
"Haah."
"Okay hari ni saya tolong akak dengan abang. Nanti saya bagi katalog, abang dengan akak just pilih nak barang apa, saiz dan design yang macam mana lepas tu saya tolong carikan semua barang tu. Saya tahu akak tak boleh nak bergerak sangat sebab nanti akak letih so akak dengan abang duduk je dekat sini. Pasal barang-barang tu biar saya yang uruskan."
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...