SPECIAL CHAPS

2.2K 51 26
                                    

'I love you and you're mine'


PAVILION KUALA LUMPUR.

HAIL bawa Haiyan keluar jalan-jalan pada hari minggu. Dia bawa Haiyan pergi makan, beli baju dan juga mainan baru. Hail saja nak luangkan masanya dengan Haiyan.

Mereka berdua duduk berehat sebentar di kerusi panjang yang disediakan di pusat membeli belah itu. Hail teman Haiyan makan aiskrim. Mulut Haiyan yang comot akibat aiskrim perisa coklat dilap menggunakan tisu. Makan pun comot, anak siapalah ni.

"Daddy."

"Yes ?"

"Kenapa ibu tak ikut kita keluar jalan-jalan hari ni ?" soal Haiyan. Dia pelik selalu kalau keluar ibunya pasti akan ada bersama tapi kali ni Sara tak turut serta pula.

Hail mengelap mulut Haiyan yang comot itu lagi. Nasib baik handsome, kalau comot pun orang still kata comel. Well tengoklah siapa bapa dia.

"Daddy jawablah soalan Haiyan. Kenapa ibu tak ikut kita keluar jalan-jalan hari ni."

Geram pula dia dekat Hail. Dari tadi asyik lap mulut dia tapi soalan yang dia tanya langsung tak dijawab.

"Ouh ye sorry-sorry. Janganlah marah daddy. Ibu tak ikut kita keluar sebab ibu kan dah sarat. Ibu mana boleh jalan jauh-jauh nanti kalau ibu terberanak macam mana," balas Hail selamba.

Itu sebab Sara selalu marah dekat Hail. Bila cakap dengan anak tu tak pernah nak bertapis, dia pakai lepas je. Kadang tu bila Hail tengah main game online, berbakul-bakul perkataan yang negatif keluar. Haiyan pula jenis suka ikut, bila Haiyan sebut je sekali habis.

Sara mengamuklah apa lagi. Dia membebel dekat Hail. Tapi Hail kan pernah ke dia dengar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri, satu apa pun tak lekat dekat dalam kepala.

"Ooo tapi terberanak tu apa daddy ?"

"Huh ?"

Hail terkedu apabila mendengar soalan yang keluar dari mulut Haiyan. Betul cakap Ara anak lelakinya ini banyak mulut. Ada je benda nak ditanya.

"Err..."

Hail tak tahu nak terangkan pada Haiyan. Dia menggaru kening mencari jawapan. Haiyan pula menanti jawapan daripada Hail. Lama dia tunggu untuk daddy nya itu bersuara.

"Err terberanak tu...ermm terberanak tu macam ibu nak keluarkan adik dari perut," jawab Hail. Dia pakai hentam je jawapan tu janji Haiyan faham sendiri sudah.

"Ooo kiranya Haiyan pun ibu keluarkan dari perut jugalah macam adik nanti kan daddy ?"

"Haah betullah tu," balas Hail acuh tak acuh. Aduhai anak kenapa kau tanya soalan yang diluar bidang daddy. Daddy ni business bukannya doktor.

Haiyan menyambung makan aiskrim coklatnya semula. Gembira sahaja reaksi si kecil itu menikmati aiskrim. Hail yang berada di sebelah hanya memandang anaknya sepi. Janganlah Haira nanti banyak mulut macam abang. Mampus aku kalau asyik nak tanya macam-macam soalan. Masak aku nak menjawabnya desis hati Hail.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now