BAB 1

3.8K 84 1
                                    

'I love you and you're mine'


UNITED KINGDOM.

CAHAYA matahari yang terik mula menyinari kawasan kolam renang di tepi rumah yang tersergam indah. Ada beberapa orang yang berlainan warna kulit dan jantina sedang elok bermandi manda di situ.

Kedengaran gelak dan tawa mereka menikmati cuaca yang baik pada hari tersebut.

"Hey, Hail ! Come and join us !" panggil seorang lelaki mat saleh yang memakai seluar pendek berwarna merah jambu.

Kaca mata hitam berjenama RayBan yang dipakai dinaikkan ke atas kepala. Hail menolak pelawaan itu, "No thanks, just enjoy yourself." Dia kembali baring di atas kerusi rehat di tepi kolam renang miliknya.

Terserlah 6 ketulan pada kawasan perut Hail. 6 ketulan yang digilai para gadis di luar sana.

Hail amat popular di UK, dia juga popular di Facebook, Twitter dan Instagram. Nama Hail Nazri dikenali di merata tempat. Sebut sahaja nama pasti orang akan mula bercakap tentang dirinya.

Mostly followers Instagram Hail adalah dari golongan wanita. Alasannya sudah semestinya kacak, bergaya, cool dan macam-macam lagi pujian yang diberi.

Sedang elok Hail berehat dan bersantai, telefon miliknya tiba-tiba berbunyi.

Incoming call...

Mama

Hail mengangkat panggilan itu dengan perasaan gembira. Memang selalu waktu begini mamanya pasti akan menelefon untuk menanyakan khabar.

"Hello, Assalamualaikum my cayang mama."

"Waalaikumsalam, hish jangan nak mengada lah," balas Puan Salina.

Hail mengekek ketawa mendengar jawapan dari Puan Salina. Dia memang suka mengusik orang tua itu. Lagi-lagi Puan Salina bukan jenis orang yang suka berlawak bodoh, asyik serius aje sepanjang masa.

"Ada apa call ni mama ? Macam penting je gayanya."

Mata Hail ralit memandang kawan-kawannya yang sedang berenang. Tidak lepas dia memandang Edward yang memakai seluar pendek berwarna merah jambu. Warna seluar pendek itu menarik perhatiannya.

Di antara mereka ada 2 orang gadis. Lucy dan Susan, keduanya rambut berwarna perang. Berkulit putih halus dan mulus. Sesiapa yang melihatnya pasti akan berasa cemburu dengan kulit mereka.

Pakaian yang mereka kenakan tidak terlalu menjolok mata tapi sedap untuk mata memandang.

"Jangan lupa hujung minggu ni kamu kena balik Malaysia. Segala persiapan mama dah siapkan, tapi make sure kamu dah settle kan semua urusan kamu di sana sebelum balik ke sini. Papa dah bising tau suruh kamu cepat-cepat balik, dia nak cepat serahkan jawatan dia tu pada kamu. Kamu kan tau papa tu makin lama umur dia makin meningkat badan pun dah makin lemah takkan masih nak kerja berat lagi. Kamu tu sebagai anak lelaki dia kenalah galas tanggungjawab tu pulak. Sudahlah tu nak enjoy ke apa ke lepas kahwin nanti kamu enjoy lah banyak mana yang kamu nak." Puan Salina mula membebel panjang.

Sudah lama Hail menetap di United Kingdom. Selepas dia tamat belajar, Hail memutuskan untuk terus tinggal di sana semata-mata mahu menikmati perjalanan hidupnya yang masih bujang. Kalau dah kahwin nanti susah sikitlah nak enjoy-enjoy semua.

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now