'I love you and you're mine'
KEESOKAN pagi, Sara dan Hail sarapan bersama di restoran yang berhampiran dengan pantai. Mereka boleh menikmati makanan sambil melihat keindahan laut yang terbentang luas pada waktu pagi.Sara suka, sejuk matanya memandang laut yang berwarna biru dengan angin pantai yang menampar lembut kulitnya. Kalau lah boleh terus menetap di sini mungkin lebih menyeronokkan.
"Anything else sir ?" tanya seorang pelayan lelaki.
Hail tidak membalas tapi dia memberikan isyarat kepada pelayan lelaki itu untuk pergi. Hail dari tadi sibuk dengan telefonnya.
"Thank you," ucap Sara. Pelayan lelaki itu senyum kepadanya sebelum berlalu pergi.
Sara memandang Hail yang masih ralit bermain dengan handphone. Manners takda langsung !
"Letak lah dulu handphone awak tu. Kalau datang sini asyik nak hadap benda tu je baik tak payah breakfast." Ucap Sara.
Perbuatan Hail terhenti, Sara menyedut jus orennya dengan nikmat. Sara tahu di sebalik kaca mata hitam yang Hail pakai, lelaki itu sedang merenungnya tajam. Sara mengalihkan pandangannya ke tempat lain, berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
Hail meletakkan telefon di tepi. Dia membetulkan kedudukannya. Hail mengambil sandwich lalu dia menggigit sandwich itu.
"Puas hati ?"
Sara tersenyum menang. Dia turut menjamah makanan yang dipesan sebentar tadi.
Sara dengan gembiranya menikmati sarapan pagi tanpa menghiraukan Hail, mulutnya tidak berhenti mengunyah. Hail hanya memerhatikan Sara, lapar la tu desis hatinya.
"For your information, lepas kita balik dari honeymoon ni kau mula kerja dengan aku," ujar Hail.
Suapan nasi goreng ke dalam mulut terhenti, sudu diletakkan kembali ke dalam pinggan.
"What ? Kenapa saya kena tukar tempat kerja pulak ?" Sara memandang muka Hail.
"Jangan banyak tanya boleh ? Aku sendiri yang pergi jumpa bos kau dan minta dia tukarkan kau kerja dengan aku. Now I'm your boss." Hail kembali menikmati sandwich telurnya.
"This is insane ! Kenapa awak tak bincang dengan saya dulu, tanya pendapat saya atau apa ke lepas tu sesuka hati awak je buat keputusan. Lagipun saya dah selesa lah kerja dekat sana, no saya tak nak !" Bantah Sara.
Hail tidak peduli dengan bantahan isterinya. Dia suami jadi Hail ada hak untuk membuat apa-apa keputusan dan Sara sebagai isteri harus patuh dengan arahan si suami.
Sara mengetap giginya, dia geram ! Geram dengan Hail yang sesuka hati membuat keputusan.
Sara kembali menyambung makan semula. Rasa mahu dicungkil mata Hail dengan sudu. Eii geram !
"Nak atau tidak kau kena ikut cakap aku. This is my decision, full stop !" ucap Hail sebelum dia bangun untuk mengangkat panggilan.
"Hail ! Ini tak ad-...urghh !!" putus selera Sara dibuatnya. Sara menolak pinggan dengan kasar.
Digenggam kedua belah tangannya kuat. Sara melihat Hail yang jauh menjawab panggilan telefon. Sara bangun mengangkat kaki pergi dari situ.
Tiada lagi rasa seronok makan tepi pantai atau gembira dapat tengok pemandangan laut. Semua mood itu hancur macam istana pasir yang roboh dilanggar ombak !
YOU ARE READING
Kau Milikku ✔
Romance[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkann...