BAB 36

1.3K 39 7
                                    

'I love you and you're mine'


RAZMAN hanya memerhati Hail yang berjalan ke hulu dan ke hilir. Naik pening kepalanya melihat Hail yang tidak reti duduk diam itu.

"Hail, kau ni tak reti nak duduk diam ke ? Rimas aku tau tak tengok kau ke sana ke mari."

"Aku tak boleh duduk diam selagi masalah aku ni tak selesai ! Aku nak benda ni settle secepat yang mungkin," balas Hail.

Razman menggulingkan mata ke atas. Inilah Hail, degil ! Susah sangat ke nak dengar cakap.

"Ye aku tahu. Tapi cuba kau duduk, tenangkan diri. Kau ingat kau gelisah macam ni benda tu boleh selesai ke."

Hail menghentikan kelakuannya. Dia terus mengambil tempat duduk di kerusi kerjanya.

"Puas hati ?" soal Hail mendatar.

"Haa boleh pun. Ni aku nak tanya, kau dengan Sara macam mana ?"

Hail mengeluh berat. Dia pun tak tahu nak terangkan pada Razman tentang hubungannya dengan Sara tika ini.

"Dia mengamuk. Dia marah dekat aku, sampai hari ni Ara langsung tak bercakap dengan aku," ujar Hail.

Selepas Sara dan Hail bergaduh besar tentang hal tangkap basah lelaki itu dengan Najwa, sehingga ke hari ini Sara langsung tidak berkomunikasi dengan Hail apatah lagi mahu memandang wajah lelaki itu. Sara masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia masih sediakan sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam.

Tapi macam tu aje lah. Sara dingin terhadap Hail. Ikutkan dalam rumah ada dua orang penghuni tapi macam duduk seorang diri rasanya. Bila Hail cuba dekat Sara pula yang menjauh.

"Aku cuma boleh cakap kau kena banyak bersabar. Ini semua ujian untuk kau. Tapi kau tak ingat ke apa yang jadi malam tu antara kau dengan Najwa ?" soal Razman.

"Tak bro. Yang aku cuma ingat, ada dua orang lelaki dengan Najwa. Lepas tu dua lelaki tu tangkap aku bawa aku masuk bilik. Diorang tutup mulut aku dengan sapu tangan and then aku tak sedar dah. Bila pagi tu aku sedar, si sundal tu menangis dekat tepi katil tak berbaju. Aku pula tinggal boxer je ! Tapi sebelum aku pengsan, aku ada jerit minta tolong takkan kau tak dengar ?"

Terjongket naik kening kiri milik Razman. Biar kebenaran ?!

"Kejap-kejap, kau cakap ada dua orang lelaki ?" soal Razman lagi.

Hail mengangguk laju. Razman menumbuk meja kerja Hail kuat. Tak guna punya perempuan !

"Aku pun kena bro. Malam tu ada orang ketuk pintu bilik aku, aku pun pergilah buka ingat housekeeping ke apa kan. Elok aku buka, mulut aku kena tutup lepas tu aku terus tak sedar. Wow ! Licik betul Najwa tu, dia guna cara tahi untuk dapatkan kau," terang Razman.

Hail mengepal penumbuk. Rasa marah mula meruap dalam hatinya. Najwa betul-betul sudah mencabar tahap kesabarannya. Berani gadis itu gunakan taktik kotor untuk mendapatkan dirinya. Eii tak guna betul !

"Razman, kau ada call tak pihak hotel tanya pasal kejadian malam tu ?" soal Hail.

"Yes ! Cakap pasal hotel, aku dah call pihak hotel tu semalam. Tapi yang buat aku sakit hati diorang kata cctv dekat area bilik kita tu tengah under maintenance masa malam kejadian tu bro ! Kau rasa ?"

Kau Milikku ✔Where stories live. Discover now